-Phil Jackson
Sektor Pengurusan Sekolah terdiri daripada 5 unit iaitu :-
Unit Prasekolah
Unit Rendah
Unit Menengah
Unit Sekolah Jenis Khas
Unit Pendidikan Swasta
Memastikan pemantauan sekolah dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Memastikan data pengurusan keperluan guru dikemaskini.
Memastikan semua urusan penempatan dan pertukaran pentadbir, guru serta murid yang memenuhi syarat dapat diuruskan.
Memastikan Anggaran Belanja Mengurus(ABM) Kewangan diuruskan mengikut aktiviti.
Memastikan Anggaran Belanja Mengurus(ABM) Perjawatan disediakan mengikut keperluan sekolah.
Memastikan semua urusan permohonan pelbagai pendaftaran yang memenuhi syarat dapat diuruskan.
Memastikan penyertaan murid prasekolah dapat ditingkatkan melalui program peluasan prasekolah di sekolah-sekolah baharu dan sedia ada.
Memastikan semua aduan dapat diberi maklumbalas
Memastikan kerjasama dengan sektor-sektor lain dapat dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pendidikan.
Merancang mengurus, melaksana dan memantau keperluan, penempatan, dan pertukaran guru supaya sekolah mendapat guru yang mencukupi mengikut kelayakan bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan
Memastikan semua jawatan pentadbiran di sekolah rendah dan menengah di isi sebaik sahaja terdapat kekosongan
Membuat pendaftaran penempatan dan pertukaran murid
Memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah mantap dan berkualiti dengan pemantauan berfokus
Mewujudkan permuafakatan dan meningkatatkan pengurusan maklumat, kesefahaman dan mutu pelaksanaan Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan
Memastikan supaya negeri Pahang mendapat bilangan jawatan guru dan staf sokongan mengikut kelayakan dan memastikan supaya semua sekolah di Pahang mendapat peruntukan kewangan yang mencukupi untuk beroperasi melaui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahunan
Menentukan program ISO dilaksanakan bagi menempatkan guru sekolah rendah dan sekolah menengah
Merancang dan melaksana program peningkatan profesionalisme
Mengurus hal-hal berkaitan aduan dan bertindak terhadap isu-isu pendidikan yang disiarkan dalam akhbar
Mengurus, memproses dan membuat keputusan kepada hal-hal yang berkaitan permohonan pendaftaran dan mengawal selia instituisi pendidikan swasta
Mengurus menyelaras dan menyelia lawatan pembesar-pembesar dan majlis-majlis rasmi.
Merancang, melaksana dan menghadiri berbagai mesyuarat dan kursus
OBJEKTIF SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
Merancang dan memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar dan program utama KPM dari peringkat prasekolah hingga tingkatan enam.
Mengetuai dan menilai keberkesanan inisiatif menyesuaikan kandungan kurikulum dari peringkat prasekolah hingga tingkatan enam.
Merancang dan memantau keberkesanan penyampaian pembelajaran dari peringkat prasekolah hingga tingkatan enam.
Merancang dan memantau pentaksiran bilik darjah dan pelaporan perkembangan murid dari peringkat prasekolah hingga menengah atas.
Mengupayakan pegawai pembelajaran PPD dalam aspek memberi bimbingan dan sokongan kepada sekolah.
Merangka pelan tindakan dan memantau pelaksanaan pembelajaran pemulihan khas.
Merangka pelan tindakan perkongsian amalan terbaik berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Menentusah data berkaitan pembelajaran dan pencapaian akademik murid.
Merancang dan melaksana kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam mengoptimumkan potensi diri murid.
Merancang dan memantau pengurusan dan pentadbiran pengoperasian sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.
Menyelia urusan pendaftaran sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta baharu
Menyemak dan menentusahkan data operasi pengurusan sekolah (sekolah, guru, murid) bagi sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.
Menyemak dan menentusahkan pendaftaran PIBG di sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta
Merancang keperluan latihan bagi kepimpinan sekolah dengan penyedia latihan profesional.
Menyemak dan menentusahkan keperluan, penempatan dan pertukaran guru.
Menyemak dan menentusahkan penempatan dan pertukaran pemimpin sekolah (GPK dan PGB) dalam negeri.
Menyemak dan menentusahkan pendaftaran dan pertukaran murid antara daerah dalam negeri bagi sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.
Mengesah dan meluluskan pendaftaran murid bukan warganegara dan murid tanpa dokumen di sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.
Mengupayakan PPD dalam pengurusan sekolah.
Menyelia pengurusan perhubungan dan pendaftaran.
Merancang dan melaksana kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam mengoptimumkan potensi diri murid
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRA SEKOLAH
Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang positif
Menggunakan bahasa cina dan bahasa tamil dengan betul untuk komunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa cina dan bahasa tamil
Menggunakan bahasa inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua
Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah
Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial
Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik dan
Mempunyai daya kreativiti dan estika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budayanya
OBJEKTIF PENGURUSAN AWAL KANAK-KANAK DAN PRA SEKOLAH
Menyelaras setiap aktiviti/program yang dijalankan di Peringkat Negeri dan Daerah
Meningkatkan latihan dan kemahiran kepada jurulatih utama / guru / pembantu pengurusan murid (ppm) dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran prasekolah
Menyedia dan mendokumentasi data dan maklumat prasekolah Pahang
Memastikan semua sekolah kpm menggunakan sistem maklumat prasekolah kebangsaan (smpk) dalam pengisian data secara on-line dan mengisi lengkap sistem kualiti prasekolah kebangsaan (skpk)
Mewujudkan taskforce antara jabatan pendidikan negeri Pahang dengan kemas, dan swasta bagi mencapai kpi negeri Pahang
Penglibatan secara menyeluruh Program Kecemerlangan Prasekolah dan Koakademik Prasekolah Peringkat Sekolah, Daerah Negeri dan Kebangsaan
Pemuafakatan dengan Jabatan lain-lain Jabatan Kerajaan, Agensi Swasta dan Ngo melalui jawatankuasa penyelarasan pendidikan Prasekolah Negeri
LATARBELAKANG
Pada tahun 2019 di bawah penstrukturan semula Unit Sekolah Rendah telah digabungkan dengan Unit Pra Sekolah dan kini dikenali sebagai Unit Prasekolah dan Rendah. Namun unit ini mempunyai dua entiti yang berbeza. Unit Sekolah Rendah bertanggung jawab di dalam aspek pengurusan guru, kelas dan murid. Kami sentiasa bertindak di dalam memastikan pentadbiran sekolah berkualiti dan yang berkesan.
Menyelia pengurusan dan pentadbiran bagi sekolah rendah di bawah kawalan JPN.
Menguruskan pendaftaran sekolah baharu di bawah kawalan JPN.
Merancang, menyelaras dan memantau program-program utama selain akademik dan dakwah di peringkat negeri/wilayah.
Menyelaras latihan bagi kepimpinan sekolah dengan penyedia latihan.
Melaksanakan penempatan dan pertukaran guru dan pemimpin sekolah dalam negeri melalui Jawatankuasa Penempatan dan Pertukaran Guru Negeri.
Menguruskan pendaftaran, pengemaskinian dan menverifikasi data guru di sekolah bawah kawalan JPN.
Melaksanakan pendaftaran dan pertukaran murid antara daerah.
PENGENALAN UNIT MENENGAH DAN TINGKATAN 6
Unit Menengah dan Tingkatan Enam ditubuhkan dengan fungsinya untuk menyempurnakan aspek pelaksanaan, pentadbiran dan pengurusan pendidikan peringkat menengah untuk melaksanakan dasar pendidikan. Untuk menangani pertambahan sekolah dan kompleksiti pendidikan, Unit ini telah distruktur sermula pada tahun 2020 dengan jawatanTimbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah dinaik taraf menjadi gred DG54 diikuti pewujudan jawatan baharu Ketua Penolong Pengarah Kanan gred DG52.Jawatan sedia ada, Ketua Penolong Pengarah gred DG48 dan Penolong Pengarah gred DG44.
Pada tahun ini juga Unit Menengah dan Tingkatan Enam telah mengambil alih tugas dan peranan fungsi Unit Perhubungan dan Pendaftaran yang telah dimansuhkan dalam penstrukturan baharu.
Mulai tahun 2020 ini juga, Unit Sekolah Jenis Khas baru diwujudkan dan diletakkan di bawah Sektor Pengurusan Sekolah. Unit Pendidikan Swasta yang dahulunya di bawah Sektor Pendidikan Khas dan Swasta telah diletakkan pula di bawah Sektor Pengurusan Sekolah. Unit Prasekolah dan Unit Rendah telah digabungkan sebagai satu unit sebagai Unit Prasekolah dan Rendah.
Cabaran baharu bagi Unit Menengah dan Tingkatan Enam ialah mengalami pengurangan jawatan Penolong Pengarah gred DG44 yang ketara seramai dua orang sahaja berbanding enam orang sebelum penstrukturan baharu dengan pertambahan fungsi dan tugas baharu.
FUNGSI UNIT MENENGAH & TINGKATAN 6
Menyelaras dan melaksanakan pengurusan dan pentadbiran pengoperasian sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta:
Prasekolah;
Rendah;
Menengah; dan
Tingkatan 6.
Menyelaras dan melaksanakan pendaftaran sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta
Menyelaras pelaksanaan latihan bagi kepimpinan sekolah dengan penyedia latihan.
Melaksanakan penempatan dan pertukaran guru dalam negeri di bawah kawalan JPN. (Termasuk pendidikan khas dan pendidikan Islam).
Menyelaras pengurusan pemilihan pemimpin sekolah di bawah kawalan JPN.
Mengumpul dan menganalisis data operasi pengurusan sekolah dalam negeri.
Mengurus pelaksanaan pendaftaran PIBG dalam negeri.
Membimbing dan memberi sokongan kepada PPD dalam aspek pengurusan sekolah.
Melaksanakan pengurusan perhubungan dan pendaftaran.
Melaksanakan urusan perhubungan serta pelibatan ibu bapa, komuniti dan swasta
PENGENALAN
Unit Sekolah Jenis Khas (USJK), yang diletakkan di bawah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang merupakan sebuah unit baharu yang telah ditubuhkan di bawah penstrukturan semula Jabatan Pendidikan Negeri dan mula beroperasi sepenuhnya bermula 01 Disember 2019. USJK mengendalikan program-program utama yang terdapat di sekolah dan juga sekolah-sekolah program khas seperti sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25), Program Sekolah Model Khas dan program-program dasar lain yang terdapat di sekolah. USJK berperanan untuk memastikan sekolah melaksanakan program-program utama dan program-program khas dengan berkesan. USJK juga memantau dan menilai keberkesanan pengoperasian program-program utama dan program-program khas di sekolah.
OBJEKTIF
Memastikan program-program utama di sekolah terlibat (i.e: Sekolah Cemerlang) dilaksanakan dengan berkesan agar memberi impak ke arah kemenjadian murid.
Memastikan semua sekolah di bawah program khas melaksanakan program khas di sekolah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan agar hasrat PPPM 2013-2025 ke arah sekolah berkualiti dan kemenjadian murid secara holistik dapat dicapai.
Memastikan pemimpin sekolah di bawah program khas komited melaksanakan program-program khas di sekolah melalui sokongan profesional secara berterusan oleh Rakan Strategik yang berkenaan.
FUNGSI
Merancang, menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan program-program utama di sekolah cemerlang, Sekolah Dalam Hospital, Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti.
Merancang, menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan pengoperasian sekolah-sekolah program khas dalam negeri (K9, Sekolah Model Khas, Sekolah Amanah).
PENGENALAN
Terbahagi kepada 2 Sub Unit iaitu :-
Penubuhan dan Pendaftaran
Bertanggungjawab memastikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendaftaran Institusi Pendidikan Swasta(IPS), tenaga pengajar dan lembaga pengelola dilaksanakan mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 & 555) dan akta-akta lain yang berkaitan
Memproses permohonan penubuhan dan pendaftaran IPS
Memproses permohonan untuk menambah/meminda syarat-syarat penubuhan dan pendaftaran IPS
Mengadakan lawatan dan menjalankan pemeriksaan terhadap IPS berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan
Penguatkuasaan dan Aduan
Menjalankan pemantauan dan pengawal seliaan keatas IPS bagi memastikan dasar dan peruntukan perundangan pendidikan berkaitan dipatuhi,
Mengenalpasti dan menangani isu dan permasalahan yang ditimbulkan oleh pihak-pihakberkenaan bagi memastikan pendidikan swasta yang ditawarkan adalah berkualiti.
Mengesan kesalahan yang dilakukan oleh IPS dan mengambil tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikan ianya selaras dengan peraturan dan peruntukan perundangan pendidikan berkaitan.
Menjalankan siasatan terhadap IPS yang dikenalpasti dan menyalahi peruntukan perundangan pendidikan berkaitan.
OBJEKTIF
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran pendidikan di semua bidang
Meningkatkan mutu dan tahap profesionalisme warga pendidikan di semua bidang dan peringkat
Meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam aspek-aspek sebagaimana dihasratkan dalam falsafah negara
FUNGSI
Mengendalikan pendaftaran penubuhan IPS (Tadika dan Pusat Tuisyen)
Menyediakan laporan pemeriksaan dalam proses pendaftaran IPS (Pusat Perkembangan Minda, Pusat Bahasa, Pusat Kemahiran, Pusat Latihan dan Sekolah Swasta)
Meneliti permohonan dan meluluskan permit guru IPS dalam sistem
Menyelaras pengumpulan data pengoperasian IPS dan Pusat Bimbingan Alternatif (PBA)
Membuat verifikasi ke atas Pusat Bimbingan Alternatif
Membuat pemeriksaan dan naziran ke atas tahap pematuhan IPS ke atas pematuhan IPS kepada standard kualiti yang telah ditetapkan
Membuat pemeriksaan dan naziran ke atas tahap pematuhan IPS kepada standard kualiti untuk mendapat lesen KDN
Menyemak dan mengesahkan kertas sissatan bagi tujuan tindakan perundangan
Mengurus dan mengenakan tindakan pengkompaunan
Merancang pelaksanaan Private Public Partnership (PPP) dan menyelaras maklumat/data peringkat negeri
UNIT-UNIT DI SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH