Kebanyakan calon SPM beranggapan, menduduki peperiksaan kertas Sains itu umpama perjuangan besar yang perlu ditempuhi. Subjek penting ini bukan sahaja dianggap susah, bahkan sukar difahami oleh segelintir mereka.
Walau bagaimanapun, calon SPM masih mempunyai harapan cerah untuk lulus cemerlang subjek Sains ini. Ikuti beberapa Tips ini:
1.KUASAI KEMAHIRAN PROSES SAINS
Penguasaan kemahiran Proses Sains memudahkan menjawab soalan. 13 kemahiran Proses Sains yang utama perlu dikuasai. Berdasarkan pengamatan, pelajar perlu menguasai pembolehubah dengan mengetahui dengan tepat tiga pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah manipulasi ( berbeza ), pemboleh ubah bergerak balas ( hasil eksperimen / pemerhatian ) dan pembolehubah dimalarkan ( yang sama ).
Anda perlu tahu pada bahagian mana yang anda perlu dapatkan banyak skor bagi mendapatkan A.
Dengan pelbagai Teknik, tips dan kaedah adalah tidak lengakap dengan usaha gigih pelajar disamping berdoa bertawakal pada Nya agar dipermudahkan dalam peperiksaan. Memelihara adab dan hubungan baik dengan guru, ibu bapa, rakan sebaya merupakan azimat terbaik untuk ilmu yang diberkati.
Semoga beroleh kejayaan dan keberkatan pelajar yang dikasihi. Pencapaian terbaik adalah untuk anda semua. Selamat menduduki peperiksaan SPM.