Job Description (JD) Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Job Description (JD) Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
1.0 JAWATAN
Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
2.0 TUJUAN JAWATAN
Merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan dasar serta inisiatif pendidikan daerah bagi memastikan keberkesanan pengurusan PPD berasaskan data dan eviden.
3.0 FUNGSI JAWATAN
Menyelaras perancangan strategik dan pelan operasi PPD selaras dasar KPM dan JPN.
Mengurus, menganalisis dan melaporkan data pendidikan daerah secara berintegriti dan tepat.
Memantau prestasi sekolah dan sektor melalui analisis jurang serta keberhasilan program.
Menyelaras pengurusan aduan awam dan cadangan penambahbaikan perkhidmatan.
Menyokong pembuatan keputusan pengurusan melalui laporan analitik dan dapatan pemantauan.
4.0 SKOP TUGAS
Menyedia, menyelaras dan memantau Pelan Strategik Organisasi (PSO) dan pelan operasi tahunan PPD.
2. Mengurus sistem dan pelaporan data seperti EMIS, SK@S dan data sokongan lain.
3. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pelaporan keberkesanan program/intervensi pendidikan.
4. Menyelaras pengurusan aduan, siasatan awal dan maklum balas kepada pelanggan.
5. Menyedia laporan prestasi, analisis risiko, isu dan cadangan penambahbaikan berasaskan eviden.
6. Memberi bimbingan dan khidmat nasihat berkaitan perancangan, data dan pemantauan kepada sekolah dan sektor.
7. Menjadi urus setia mesyuarat berkaitan perancangan, pemantauan dan penilaian.
8. Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh Ketua PPD dari semasa ke semasa.
5.0 PUNCA KUASA PEMBINAAN JD SEKTOR PERANCANGAN
Struktur Organisasi PPD KPM
Arahan Ketua Pendaftar / Bahagian Pengurusan KPM
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
Manual Prosedur Kerja (MPK) PPD
Piagam Pelanggan PPD
Amalan Outcome-Based Management (OBB)