PERTANDINGAN "SNAP MY PLACE"
Terbuka kepada semua murid tahun 1-6 SK Mohd Khir Johari.
Setiap murid hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja.
Foto yang dihantar hendaklah dalam bentuk PNG atau JPEG sahaja.
Foto hendaklah memaparkan dengan jelas kamu berada di sisi ruang /rak/tempat buku-buku teks kamu disusun dan disimpan.
Daftar dan hantar penyertaan melalui google form yang diberikan.
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER
Terbuka kepada semua murid tahun 1, 2 dan 3 SK Mohd Khir Johari.
Setiap murid hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja.
Poster yang dihantar hendaklah dalam bentuk PDF,PNG atau JPEG sahaja.
Poster boleh diwarnakan dengan pelbagai medium seperti pensel warna, krayon atau warna air bergantung kepada kreativiti masing-masing.
Daftar dan hantar penyertaan melalui google form yang diberikan.
PERTANDINGAN MENCIPTA E-POSTER
Terbuka kepada semua murid tahun 4,5 dan 6 SK Mohd Khir Johari.
Murid boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi hanya 1 penyertaan terbaik sahaja akan dinilai.
Tema poster : Sayangi dan hargai buku teks.
Poster yang dihasilkan mestilah mengikut tema yang ditetapkan.
Penghasilan poster hendaklah menggunakan aplikasi Canva. Peserta boleh merujuk nota panduan penggunaan Canva di laman utama.
Poster yang dihantar hendaklah dalam bentuk PDF,PNG atau JPEG sahaja.
Poster yang dihasilkan hendaklah asli dan kreatif.
Daftar dan hantar penyertaan melalui google form yang diberikan.
PERTANDINGAN i-KOMIK BUKU TEKS
Terbuka kepada semua murid tahun 4,5 dan 6 SK Mohd Khir Johari.
Peserta boleh memilih untuk menggunakan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Murid boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi hanya 1 penyertaan terbaik sahaja akan dinilai.
i-Komik yang dihasilkan mestilah berdasarkan pelajaran yang terdapat di dalam buku teks.
Kandungan karya tidak boleh menggunakan bahasa dan perkara yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat.
Karya antara 2 hingga 5 muka surat sahaja.
Penghasilan i-Komik hendaklah menggunakan aplikasi Canva atau Anyflip atau gabungan kedua-duanya. Peserta boleh merujuk panduan penggunaan aplikasi Canva dan Anyflip di laman utama.
i-Komik tersebut hendaklah dihantar dalam bentuk PDF atau Anyflip sahaja.
Poster yang dihasilkan hendaklah asli.
Daftar dan hantar penyertaan melalui google form yang diberikan.