Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik
Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu
Memantapkan kepimpinan sekolah
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
Komitmen komuniti yang padu.