KERJASAMA STRATEGIK PPD PERAK TENGAH DAN BANK RAKYAT DALAM MEMPERKUKUH SINERGI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DAERAH
28 November 2025
KERJASAMA STRATEGIK PPD PERAK TENGAH DAN BANK RAKYAT DALAM MEMPERKUKUH SINERGI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DAERAH
28 November 2025
PPD Perak Tengah telah menerima kunjungan hormat daripada Bank Rakyat, yang diwakili oleh En. Mohamad Syazuwan bin Hamdan, Branch Executive Bank Rakyat Cawangan Seri Iskandar. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama dalam sokongan program pendidikan dan kebajikan warga sekolah di daerah ini.
PPD Perak Tengah merakamkan penghargaan atas inisiatif dan komitmen Bank Rakyat dalam memperkukuh jalinan kerjasama bersama pihak pendidikan daerah.
PROGRAM BELANJA MOVING FORWARD 5.0
20 November 2025
Program Belanja Moving Forward 5.0 telah berjaya dilaksanakan sebagai inisiatif memperkukuh kesiapsiagaan calon menghadapi Peperiksaan SPM dan STPM 2025. Melalui program ini, sumbangan alat tulis diserahkan kepada semua calon SPM dan STPM Daerah Perak Tengah sebagai sokongan moral dan logistik bagi memastikan mereka dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan terbaik.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian Peruntukan Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) 2025 kepada sekolah-sekolah menengah Daerah Perak Tengah. Program ini diilhamkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad di bawah pelan Perak Sejahtera 2030 itu menyediakan bantuan makanan percuma selama 20 hari sepanjang peperiksaan, kelas tambahan dan tuisyen.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak, yang turut menyampaikan Sumbangan Kecemerlangan Akademik kepada Sektor Pembelajaran PPD Perak Tengah sebagai penghargaan atas usaha berterusan meningkatkan prestasi akademik daerah.
PPD Perak Tengah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dalam memastikan kecemerlangan pendidikan terus digerakkan secara berimpak dan berfokus.
KARNIVAL PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI DAERAH PERAK TENGAH 2025
20 November 2025
Karnival Pendidikan Murid Orang Asli Daerah Perak Tengah 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan pelbagai pengisian yang memberi fokus kepada pengukuhan potensi murid melalui aktiviti akademik, kokurikulum dan pameran komuniti. Penganjuran ini merupakan salah satu inisiatif PPD Perak Tengah dalam memastikan murid Orang Asli menerima akses pendidikan yang berkualiti dan inklusif.
PPD Perak Tengah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sekolah, agensi pelaksana dan komuniti setempat atas sokongan padu yang memastikan kelancaran program ini. Diharapkan karnival ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh pembangunan pendidikan murid Orang Asli di daerah ini.