Pegawai Pendidikan Daerah Membentangkan Rancangan Pendidikan Malaysia Kepada Warga Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah.
27 Februari 2026
Pegawai Pendidikan Daerah Membentangkan Rancangan Pendidikan Malaysia Kepada Warga Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah.
27 Februari 2026
Sesi perkongsian berkaitan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 telah disampaikan oleh En. Azlan Bin Osman, Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, dalam usaha mengukuhkan pemahaman bersama terhadap hala tuju pendidikan negara.
Perkongsian ini diharapkan dapat menyokong gerak kerja warga pendidikan di daerah Perak Tengah agar terus relevan, berimpak tinggi dan selari dengan aspirasi sistem pendidikan masa hadapan.
" Kepimpinan itu bermula dari atas, mengalir ke bawah — memastikan visi jelas, hala tuju tersusun, dan tindakan sampai kepada akar pelaksanaan "
KARNIVAL & MAJLIS APRESIASI PENDIDIKAN DIGITAL PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH SESI 2025/2026
24 Januari 2026
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir dan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penganjuran program ini, khususnya kepada:
Agensi-agensi kerajaan
Pihak swasta
Sekolah-sekolah pempamer
Rakan strategik digital
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Khairudin bin Abu Hanipah atas kesudian menyempurnakan perasmian Karnival dan Majlis Apresiasi Pendidikan Digital PPD Perak Tengah 2025/2026.
Komitmen, sokongan dan kolaborasi erat yang ditunjukkan mencerminkan kesepaduan usaha ke arah memperkasa pendidikan digital yang lebih inovatif, inklusif dan berimpak tinggi di daerah Perak Tengah.
Semoga penganjuran program ini menjadi pemangkin kepada kelestarian ekosistem pendidikan digital serta memperkukuh jaringan kerjasama demi kemenjadian murid dan kecemerlangan pendidikan.
PPD Perak Tengah
Memacu Pendidikan Digital, Mendepani Masa Hadapan
JOHAN KESELURUHAN, Pertandingan Pickleball dan Bola Tampar Antara PPD Negeri Perak – Piala Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk.
17 Januari 2026
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan atas kejayaan cemerlang kontinjen PPD Perak Tengah yang telah dinobatkan sebagai JOHAN KESELURUHAN dalam Pertandingan Pickleball dan Bola Tampar Antara PPD Negeri Perak – Piala Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk.
Pencapaian ini merupakan manifestasi kesepaduan pasukan, disiplin tinggi, semangat juang dan komitmen berterusan warga PPD Perak Tengah dalam mengimbangi kecemerlangan kerjaya dan pembudayaan gaya hidup sihat.
Kejayaan merangkul Johan Keseluruhan ini bukan sahaja mengharumkan nama PPD Perak Tengah, malah mencerminkan nilai kepimpinan, kerjasama dan daya saing yang unggul dalam kalangan warga pendidikan.
Syabas kepada seluruh pemain, pasukan pengurusan dan semua pihak yang terlibat.
Teruskan momentum kecemerlangan ini demi mengukuhkan reputasi PPD Perak Tengah di peringkat negeri.
Pencapaian PPD PERAK TENGAH
🏐 Bola Tampar Lelaki
▪️ Penyertaan
🏐 Bola Tampar Wanita
🥈 Naib Johan
🏓 Pickleball VIP
🥈 Naib Johan
🏓 Pickleball 50-an
🥇 Johan
🥈 Naib Johan
🏓 Pickleball 40-an
🥈 Naib Johan
Lawatan Kerja Rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan Tahun 2026
12 Januari 2026
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, Encik Azlan Bin Osman telah melaksanakan lawatan kerja rasmi sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2026 ke SK Pasir Gajah, SK Belanja, SJKC Chung Hwa, SJKT Ladang Gleanealy dan SK Layang-Layang Kanan.
Lawatan ini bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan pengurusan sekolah, memastikan kebajikan, keselamatan serta kehadiran murid diberi perhatian, di samping memantau kelancaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Tahniah kepada semua sekolah yang terlibat kerana dapat memastikan pengurusan sekolah berada pada tahap yang baik, kehadiran murid memuaskan dan PdP dapat dilaksanakan dengan lancar serta terkawal.
5 Januari 2026
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, Encik Azlan bin Osman, bersama Encik Azli bin Abdullah, Ketua Seksyen Pejabat Korporat & Koordinasi, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Haji Mohd Fauzi bin Haji Adnan, Pengurus YAPEIM Negeri Perak, serta Haji Mohd Azmi bin Haji Masjuri, Pegawai Takmir Negeri Perak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), telah menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan kepada 100 orang murid yang terjejas akibat bencana banjir di Sekolah Kebangsaan Bota Kanan.
Program ini bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh murid dan keluarga mereka di samping mencerminkan keprihatinan serta kerjasama erat antara pihak pendidikan dan agensi berkaitan dalam membantu golongan yang memerlukan. Diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat dan semangat kepada murid-murid untuk terus meneruskan pembelajaran dalam suasana yang lebih kondusif.