ZIARAH SENTUHAN KASIH & PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN
01 DISEMBER 2025
ZIARAH SENTUHAN KASIH & PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN
01 DISEMBER 2025
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, En. Azlan bin Osman, telah melaksanakan Ziarah Sentuhan Kasih serta menyampaikan sumbangan daripada Kelab Kebajikan Kakitangan PPD Perak Tengah kepada En. Norizam bin Riman, Penolong PPD Pendidikan Khas, yang sedang menerima rawatan di Wad 1A, Hospital Teluk Intan.
PPD Perak Tengah merakamkan ucapan doa dan harapan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan, serta terus diberi kekuatan sepanjang tempoh rawatan. Aamiin.