Menjadi platform untuk menyampaikan maklumat mengenai sukan sofbol (softball) di
SK Puncak Alam 2.
Misi: Memberi lebih kefahaman mengenai sukan sofbol kepada warga sekolah dan komuniti sekitar, terutama sekali pihak ibu bapa dan penjaga murid.
Visi: Menjadikan sukan sofbol antara sukan yang diminati dan berjaya seiring dengan sukan-sukan lain.
Diwujudkan pada tahun 2012 dan menjadi tuan rumah kejohanan sofbol MSSD Kuala Selangor
Penyertaan kali pertama di MSSD dengan menghantar dua pasukan (L12 dan P12)
Terus memberi saingan di kejohanan sofbol MSSD dan menghantar wakil di peringkat MSS Selangor sehingga 2015
Penyertaan pasukan ditangguhkan mulai 2016 atas faktor fasiliti, prasarana dan kewangan
2024 - sukan sofbol di SK Puncak Alam 2 diberi nafas baru
Merupakan sebahagian daripada kandungan silibus Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Disenarai sebagai salah satu sukan/kokurikulum dalam PAJSK.
Mempunyai pertandingan dan kejohanan di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD), negeri, dan kebangsaan (MSSM).
Jumlah penglibatan pasukan yang masih rendah di peringkat daerah Kuala Selangor memberi laluan yang lebih mudah untuk pemain dan pasukan meningkatkan pencapaian.
Peluang untuk aktif dalam pertandingan dan kejohanan amatur dan profesional seperti SUKMA, Liga IPT, kejohanan jemputan dan terbuka serta lain-lain pertandingan di peringkat kebangsaan juga antarabangsa.
Bakat dan kemahiran sofbol boleh dikembangkan dan dimajukan untuk cabang-cabang sukan sofbol di Malaysia seperti fastpitch softball, slow pitch softball, baseball dan baseball 5.
**Layari halaman Facebook rasmi Softball Association of Malaysia untuk lebih maklumat mengenai sofbol dan baseball, aktiviti organisasi, kalendar program dan sebagainya.