Sosiologi membincangkan pelbagai aspek kehidupan manusia, termasuk struktur sosial, nilai, norma, konflik serta perubahan sosial. Sosiologi adalah satu disiplin sains kemasyarakatan. Menurut Mohd Salleh (1998), sosiologi merupakan satu bidang yang mengkaji secara saintifik tentang tingkah laku atau pergaulan masyarakat dan hubungan manusia. Sosiologi juga membantu kita untuk memahami bagaimana faktor-faktor sosial serta strafikasi sosial yang mempengaruhi tingkah laku dan persepsi individu serta bagaimana manusia berinteraksi dalam pelbagai konteks sosial. Sosiologi juga mampu menguatkan perpaduan dalam kalangan sesebuah masyarakat. Tujuan utama sosiologi adalah untuk mengkaji struktur asas manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang mengakrabkan atau melemahkan mereka dalam membentuk kehidup sosial mereka. Menurut Lindsey dan Beach (2000), sosiologi ialah kajian saintifik tentang masyarakat manusia dan interaksi sosial. fokus utama sosiologi ialah kelompok masyarakat, bukan individu. Sosiologi mengkaji dari peringkat yang kecil sehinggalah peringkat yang lebih besar. Contoh isu-isu sosiologi yang dikaji pada peringkat kecil seperti perkahwinan dan kesihatan dan isu besar yang dikaji seperti peperangan, penghapusan etnik, sistem politik dan lain-lain lagi. Dalam masa yang sama, sosiologi juga mengkaji perkara-perkara yang penting seperti strafikasi sosial dan faktor kepelbagaian sosiobudaya.