PROFIL SEKOLAH

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

Kod sekolah : WKB0001

Alamat sekolah :

SM Teknik Kuala    Lumpur,
Jalan Yaacob Latif,
56000 Kuala Lumpur.

Telefon : 03-91318052

Faksimili : 03-91308758

E-mel :     WKB0001@moe.edu.my

Facebook :
https://www.facebook.com/adminsmtkl/

____________________________________

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA LUMPUR

Gred Sekolah : A

Kategori Sekolah : Sekolah Berasrama

Pengetua : En. Ahmad Nzryshah Bin Mohamed Khalid 

Bidang Kuasa : 

Copy of perancangan strategik INDUK SMTKL 2022

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur merupakan sekolah teknik tertua di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1926 sebagai ‘Trade School’ oleh En. Noel Leembruggent, seorang jurutera dan En. Geary, seorang Superintenden. Lokasi pertama sekolah ini ialah di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Pada tahun 1935 sekolah tersebut telah diambilalih oleh kerajaan dan diberi nama ‘Government Trade School’. Sehubungan dengan Penyata Razak 1956, yang menekankan pendidikan teknik dan vokasional maka, sekolah ini telah dijadikan Techical Institute of Kuala Lumpur atau dikenali sebagai TIKL. Setelah itu, pada tahun 1968, TIKL telah dipindahkan dari lokasi asal ke lokasi sekarang dan diberi nama SM Teknik Kuala Lumpur (SMTKL).

SMTKL telah dinaik taraf pada tahun 2000 dengan penambahan blok pentadbiran, blok bengkel, surau dan dewan utama. SMTKL telah banyak menunjukkan kecemerlangan dari segi akademik mahupun kokurikulum. Berbekalkan kejayaan dan kecemerlangan yang berterusan, SMTKL telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai ‘Sekolah Kluster Kecemerlangan’ pada tahun 2008 dengan tiga bidang kebitaraan iaitu ‘Netball Warrior’, ‘Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Gemilang’ dan “Bestari Kadet Bomba”. Kemudian mulai tahun 2015, bidang kebitaraan telah ditukar kepada ‘Netball Warrior’ dan “Lukisan Kejuruteraan’. Pada tahun 2011, SMTKL telah dipilih oleh BPTV sebagai sekolah rintis amalan 5S dan telah berjaya memperoleh sijil 5S yang pertama daripada Malaysia Productivity Corporation pada tahun yang sama. Tahniah diucapkan kerana sekali lagi pada tahun 2019 SMTKL telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 4.


PETA SEKOLAH