SEJARAH SMKWBT
SMK Wallace Bay pada awalnya dikenali sebagai SM. Wallace Bay yang dibuka pada 4 Februari 1974.
Sekolah ini telah dirasmikan pada 10 Februari 1974 oleh YB Mohd Kassim Kamidin, Ahli Dewan Undangan Negeri.
Pentadbiran sekolah dijalankan secara gabungan bersama Sekolah Rendah Ladang Wallace Bay dan diberi nama Sekolah Gabungan Wallace Bay dengan seorang pengetua iaitu En Stephen Leong Kai Ming.
Pengambilan pertama seramai 103 orang (tingkatan 1).
Terdapat dua aliran
31 orang aliran Melayu
72 orang aliran Inggeris
Kemudahan asas:
Rumah guru dan bekalan elektrik, dibekalkan secara percuma oleh Syarikat North Borneo Timber (NBT) sehingga tahun 1985.
27 September 1993, berpindah ke Kampung Mentadak Baru (sekarang).
6 Mei 1994, SM Wallace Bay ditukarkan nama SMK Wallace Bay
Pada Mei 1996 tingkatan 4 dibuka