Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saya Dr Ahmad Kamal bin Ariffin, Pengetua SMK Taman Yarl dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan anda ke laman web Kurikulum SMK Taman Yarl.
Di sini, kami berusaha untuk menyediakan pendidikan yang holistik dan seimbang, yang bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik tetapi juga pembangunan sahsiah dan nilai-nilai murni. Laman web ini adalah salah satu inisiatif kami untuk meningkatkan komunikasi dan kerjasama antara pihak sekolah, pelajar, ibu bapa, dan komuniti. Kami berharap agar laman web ini dapat menjadi medium yang efektif dalam menyampaikan maklumat dan sumber pembelajaran yang bermanfaat.
Sekian, terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda.
Paparan Berita Terkini di SMKTY
Paparan Tiktok Mingguan di SMKTY
Paparan Berita Terdahulu di SMKTY
Arkib Berita di SMKTY
Kenali SMKTY
SMK Taman Yarl menggambil nama dimana ianya berada iaitu di sebuah kawasan perumahan yang dinamakan Taman Yarl. Mengikut sejarah, Taman Yarl pada asalnya sebuah penempatan pekerja asing yang datang dari Sri Lanka pada era sebelum kemerdekaan. 'Yarl' diambil berdasarkan nama alat muzik tradisional Sri Lanka dan juga sebuah bandar di Sri Lanka. Kawasan ini akhirnya dibangunkan untuk dijadikan sebuah kawasan penempatan dan perniagaan. Dibina pada bulan Disember tahun 1992, sekolah ini mempunyai aliran perdana dan pendidikan khas. Sekolah ini beroperasi dalam satu sesi dan mempunyai 5 blok bangunan yang menempatkan bilik darjah, bilik-bilik khas, makmal sains, bengkel, pusat sumber, bilik komputer dan bilik mesyuarat.
Pengetua-Pengetua di SMKTY
Encik Tan Sun Seng (1992 - 1993)
Encik Aminudin bin Muhamad (1994 - 1995)
Tuan Haji Abdul Manaf bin Haji Abdul Rahman (1995 - 1998)
Puan Tan Jiak Chuan (1998 - 2004)
Puan Wan Sau Lan (2004 - 2006)
Cik Leong Yoke Peng (2006 - 2011)
Dr. Puvananandran a/l M.Maruthavanar (2011 - 2014)
Puan Low Kim Hwa (2014 - 2017)
Tuan Haji Md Zakariya Abdullah Umar (2017 - 2023)
Puan Sharin Hanum binti Ab Hanum (2023 - 2024)
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin
(September 2024 hingga kini)
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Yarl (SMKTY)
Lorong Awan Cina, Taman Yarl,
58200, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia
website: smktamanyarl.edu.my
Tel : 03-79834552 l Fax : 03-79812092
Peta Sekolah