Selamat Datang ke Laman Rasmi Digital SMK Taman Pelangi Johor Bahru.
KELESTARIAN didefinisikan sebagai keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain) yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal, keaslian: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lestari membawa maksud tidak berubah-ubah, kekal, atau tetap. Oleh itu, bumi yang lestari dapat digambarkan sebagai persekitan bumi yang kekal bebas daripada sebarang unsur kerosakan alam. Antara contoh amalan kelestarian dalam alam sekitar iaitu amalan 3R (reduce, reuse, recycle), amalan penggunaan produk mesra alam, amalan penggunaan tenaga, amalan penjimatan air dan amalan kemudahan pengangkutan. Usaha melestarikan alam sekitar melalui pendidikan memerlukan lebih penekanan kepada amalan yang konsisten dan berterusan. Sekolah adalah antara pusat penyampaian ilmu dan maklumat kelestarian alam sekitar yang paling dekat dengan generasi muda dan menjadi permulaan pendidikan kelestarian secara formal yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Matlamat: Menjadikan SMK Taman Pelangi komited dalam memulihara dan melindungi warisan alam, mengawal pencemaran dan meningkatkan pertumbuhan rendah karbon disamping memastikan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Aktiviti kelestarian telah dipersetujui dimasukkan ke dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah.