SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
LOKASI
Sekolah ini terletak dalam daerah Tongod. Ia merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah (Bahagian Sandakan). Sekolah ini boleh dihubungi melalui jalan darat. Jarak dari Bandar Sandakan sejauh 189 km dan jarak dari Pejabat Pendidikan Daerah Telupid sejauh 52 km.
PENUBUHAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Tongod ditubuhkan pada tahun 1979, pada masa itu pentadbiran SMK Tongod berada di bawah Mission Tongod. Di awal penubuhan SMK Tongod belum mempunyai bangunan sendiri, dan untuk meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Dewan Serbaguna Kampung Tongod dan balai raya telah dijadikan kelas sementara. Bilangan pelajar pada ketika itu berjumlah lebih kurang 150 orang.
Pada awal tahun 1983 SMK Tongod telah dipindahkan dari Kampung Tongod telah dipindahkan dari Kampung Penangah, atas arahan wakil rakyat pada masa itu. Sekolah ini kemudian dinamakan SMK Penangah dan menumpang di bangunan SK Penangah sehinggalah bangunannya siap dibina pada tahun 1987. Mulai tahun 1983 sehinggalah ketahun-tahun seterusnya tiada lagi terdapat sekolah menengah di Kampung Tongod.
Oleh kerana desakan daripada masyarakat kampung supaya diwujudkan sekolah menengah di Tongod, maka pada tahun 1998, Pejabat Pendidikan Daerah Telupid telah mencadangkan penubuhan sekolah menengah di Tongod. Pada tahun 1998 telah ditubuhkan SMK Tongod cawangan SMK Penangah.
Pada tahun 1999, merupakan tahun bersejarah bagi warga SMK Tongod, ini kerana pada ketika itu SMK Tongod bukan lagi menjadi cawangan SMK Penangah. Tambahan pula pada tahun itu juga Tongod telah dinaik taraf dari daerah kecil kepada daerah penuh. Pada awal penubuhannya SMK Tongod hanya mempunyai 50 orang pelajar dan 4 orang tenaga pengajar sahaja, jumlah ini semakin bertambah dari setahun ke setahun. Pada ketika itu hanya terdapat satu bangunan kayu sahaja untuk kegunaan sekolah.
Oleh kerana menghadapi masalah kekurangan kelas SMK Tongod terpaksa menumpang kelas SK Pekan Tongod, sehinggalah pada tahun 2000 satu blok baru dibina. Kewujudan sekolah ini hasil kesedaran masyarakat tempatan terhadap kepentingan pelajaran untuk mengubah cara hidup mereka. Penubuhan sekolah ini dapat menampung keperluan pelajar yang belajar di beberapa sekolah sekitar kawasan ini seperti Sekolah Kebangsaan Pekan Tongod, Sekolah Kebangsaan Imbak, Sekolah Kebangsaan Kiandongo, Sekolah Kebangsaan Kenangan-Kenangan, Sekolah Kebangsaan Sogo-Sogo, Sekolah Kebangsaan Keramuak dan Sekolah Kebangsaan Tampasak.
Bermula tahun 2015, SMK Tongod telah mendapat tambahan bangunan baru termasuk asrama dan flat guru. Walaupun belum diserahkan secara rasmi, pihak sekolah dengan sokongan pihak JPN dan PPD telah berpindah ke bangunan baru atas keperluan bilik darjah dan asrama yang sangat kritikal. Apabila SK Pekan Tongod berpindah ke bangunan baru pada pertengahan tahun 2015, SMK Tongod tidak lagi menumpang dan sesi persekolahan bertukar ke sesi pagi. Pada 8 April 2016 bangunan tambahan ini diserahkan secara rasminya. Pada masa ini, SMK Tongod telah mendapat tiga blok bangunan baru empat tingkat iaitu blok pentadbiran, blok bilik darjah yang berdampingan dengan blok bilik-bilik khas seperti makmal dan kemahiran hidup. SMK Tongod juga mendapat tambahan dua blok asrama yang boleh menampung 200 orang pelajar. Untuk kemudahan guru-guru sebuah blok bangunan atau flat empat tingkat yang dapat menampung sekurang-kurangnya lapan orang guru atau kakitangan sekolah. Pada masa yang sama bangunan kantin baru dibuka untuk kemudahan warga sekolah. Aliran Sains Tulen telah diwujudkan pada tahun 2016 dan kelas Tingkatan 6 pada 21 Julai 2021 untuk memberikan peluang yang lebih banyak kepada pelajar untuk memilih aliran yang sesuai dengan minat dan pencapaian mereka. Selain itu bengkel penyediaan makanan untuk PPKI juga telah Berjaya diwujudkan pada tahun 2022.
Dengan usaha dan kerjasama PIBG, piihak sekolah berusaha untuk mencari dana bagi menyiapkan pagar sekolah demi untuk memastikan kawasan sekolah lebih selamat walaupun pada peringkat awal ada segelintir penduduk setempat mempertikaikan tindakan tersebut.
PERKEMBANGAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS SEKOLAH
➢ BANGUNAN
Pada peringkat permulaan sekolah ini menumpang di Dewan Belia Tongod. Pada tahun 1998, sekolah ini mempunyai sebuah bangunan sendiri hanya untuk tingkatan satu. Pada tahun 2000 satu lagi bangunan dibina untuk tiga bilik darjah dan satu bilik guru. Pada tahun 2002, sebuah pusat sumber dibina untuk keperluan pelajar. Pada tahun 2015, SMK Tongod mendapat tambahan 3 buah bangunan tambahan, 2 buah bangunan asrama, sebuah flat guru dan sebuah bangunan kantin. Pada tahun 2016 hampir keseluruhan kawasan telah dipagar bagi memastikan keselamatan pelajar.
➢ PERSEKOLAHAN
Peringkat permulaan penubuhan, persekolahan diadakan untuk sesi petang sahaja, ini kerana bangunan tidak mencukupi sehinggalah ke pertengahan tahun 2015, persekolahan diadakan pada sesi pagi sepenuhnya.
➢ RUMAH GURU
Pada peringkat permulaan sekolah ini tidak mempunyai rumah guru. Oleh kerana itu guru-guru terpaksa mencari alternative sendiri untuk mencari tempat kediaman. Terdapat sebahagian guru tinggal di rumah rehat milik Pejabat Daerah Tongod dan sebahagian yang lain tinggal di sebuah bangunan bekas mahkamah Anak Negeri. Sekolah ini hanya mempunyai dua unit rumah guru yang dibina pada tahun 2000. Pada tahun 2001, semua guru lelaki ditempatkan di bangunan Asrama Desa, manakala guru perempuan di bangunan baru (Rumah guru Projek Kilat). Pada tahun-tahun berikutnya guru-guru yang ditempatkan di SMK Tongod terpaksa menyewa rumah di luar daripada kawasan Tongod. Pada tahun 2015 flat guru telah diserahkan kepada pihak sekolah untuk diduduki oleh guru-guru dan AKP. Walau bagaimanapun kemudahan ini belum mencukupi disebabkan pertambahan kakitangan sekolah dari semasa ke semasa.
➢ PADANG PERMAINAN
Sekolah ini tidak mempunyai padang permainan sendiri. Kegiatan acara sukan diadakan di padang awam. Dalam kawasan sekolah juga tidak mempunyai sebarang kemudahan gelanggang permainan. Semua aktiviti sukan permainan dianjurkan dengan menggunakan kemudahan awam di luar kawasan sekolah. Padat tahun 2016, pihak sekolah telah membuat inisiatif untuk menyediakan 2 gelanggang permainan iaitu sepak takraw dan bola tampar di kawasan yang agak sempit antara bangunan pentadbiran dan blok asrama lama.
➢ ENROLMEN
Pada tahun 2000, sekolah ini mempunyai sebelas orang guru dan seratus lima puluh pelajar. Pada tahun 2015, sekolah ini mempunyai 47 orang guru dan 6 orang AKP. Pada tahun 2016 bilangan peljar bertambah kepada 571 orang. Bilangan guru meningkat kepada kepada 48 orang dan AKP 7 orang. Pada tahun 2023 bilangan pelajar bertambah kepada 732 orang. Bilangan guru meningkat kepada kepada 52 orang dan AKP 9 orang.
➢ KEMUDAHAN ASRAMA
Pelajar-pelajar yang datang dari kampung yang jauh, seperti Kampung Sogo-Sogo tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak gereja. Sehingga tahun 2014 asrama lama SMK Tongod yang diperbuat daripada kayu hanya dapat menampung 100 orang pelajar. Bermula tahun 2015 asrama yang baru telah diserahkan kepada pihak sekolah dan dapat menampung seramai 200 pelajar.
CARTA ORGANISASI
MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN
NAMA SEKOLAH :
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TONGOD
VISI
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”.
1. Mewujudkan semangat berdaya saing antara pelajar, guru dan KTBM bagi melahirkan warga SMK Tongod yang kreatif, proaktif dinamis dan kritis.
2. Melahirkan ‘teamwork’ yang bersatu dan bergerak seiring untuk merealisasikan kecemerlangan di SMK Tongod, Telupid.
3. Melahirkan pelajar yang berketerampilan dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
4. Membentuk dan menyemai semangat juang yang kental dikalangan pelajar.
5. Meletakkan SMK Tongod sebagai salah sekolah yang cemerlang dalam daerah Telupid.
1. Mewujudkan iklim sekolah yang selamat dan berkesan untuk pelajar memdapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, berkualiti, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
2. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan yang cemerlang, bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
3. Melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif, inovatif, kritis, daya saing dan ketahanan yang tinggi, kemampuan sahsiah, budaya penyayang dan kejituan semangat petriotisme.
Bahawa kami warga SMK Tongod dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada pelanggan kami bagi mewujudkan pendidikan yang berkesan di sekolah melalui;
1. Memastikan setiap pelajar menerima pendidikan dan ilmu pengetahuan yang berkualiti dan seimbang dalam bidang Kurikulum dan Ko Kurikulum.
2. Menentukan setiap pelajar mendapat manfaat sepenuhnya daripada kegiatan Kurikulum dan Ko kurikulum, program-program bimbingan, kebajikan dan khidmat sekolah sepanjang persekolahan mereka.
3. Meningkatkan profesionalisme warga sekolah dari masa ke semasa.
4. Memberi layanan yang adil, saksama, mesra, cekap serta khidmat kaunter yang cepat dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan pihak sekolah.
5. Memastikan pelajar dapat belajar dalam keadaan yang kondusif dan selesa berdasarkan kemudahan yang ada dalam sekolah.
6. Mempertingkatkan secara berterusan usaha permuafakatan serta penglibatan ibu bapa dan masyarakat dalam pendidikan pelajar.
7. Memastikan setiap arahan dan surat pihak PPD, JPN dan Kementerian diambil tindakan serta merta selepas surat atau arahan diterima
PROFIL AM
KEDUDUKAN SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
Smk Tongod Sekolahku
Teguh Berdiri Semangat Bestari
Menjunjung Falsafah Hasrat Negara
Menzahir Warga Bertaraf Dunia
Kamilah Warganya Bersatu Padu
Berjiwa Kental Semangat Membara
Menuju Jaya Penuh Keyakinan
Satu Matlamat Satu Wawasan
Pendidiknya Gigih Terus Membimbing
Tanpa Jemu Penuh Wibawa
Kami Hormati Kami Sanjungi
Ilmu Di Minda Kami Amalkan
Komposer: Hashim Primis
Penyusun Muzik: Jenifer Matil