Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Perpaduan, Salam KMY number one
Terlebih dahulu saya bersyukur dapat membangunkan site ini. Site ini bertujuan mengumpulkan semua yang berkaitan Kurikulum SMK Tunku Ismail dengan lebih kemas. Site ini juga bertujuan untuk "paper less" maklumat/fail yang di print sebelum ini.
Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan sarana sekolah yang menjadi inti pati pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak, serta mengaplikasikan segala applikasi digital selaras dengan perkembangan teknologi agar kita terus berdaya saing dan dihormati.
Sekian, terima kasih.