#SUzerofailure
#SUzerofailure
SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2025
ENROLMEN MURID 2025/2026
996 ORANG
NAMA : SMK SUBANG UTAMA
ALAMAT : JALAN SS18/1
47500 SUBANG JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
NO TEL : 03-56329275
EMEL : bea8614@btpnsel.edu.my
GURU : 65 orang
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) : 6 orang
JUMLAH MURID : 961 orang
FALSAFAH
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. "
VISI
"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. "
MISI
"Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. "
LOKASI SEKOLAH
SMK Subang Utama (Kod Sekolah : BEA8614)
SMK Subang Utama merupakan salah sebuah sekolah menengah yang dibina bermula tahun 1987 secara runding terus (Design & Build) di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling pada ketika itu. Beralamat di Jalan SS18/1, 47500 Subang Jaya iaitu di kawasan kejiranan SS18, sekolah ini dikategorikan sebagai Gred A dan siap pembinaannya pada 1 Oktober 1989.
Sekolah ini mula beroperasi dengan nama SMK Subang Jaya 2. Pentadbiran sekolah ini bermula pada 4 Disember 1989 dengan dengan pengetua pertama sekolah iaitu Encik Chee Hock Cheong. Pada 30 Julai 1994, SMK Subang Jaya 2 telah bertukar nama secara rasmi kepada SMK Subang Utama. pada tarikh tersebut juga telah dijalankan Majlis Perasmian Sekolah dan telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Dato Hj Yaacob bin A. Hamid selaku Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada ketika itu.
Kini, barisan pentadbir adalah terdiri daripada Pengetua, Pn Rohaidah binti Zainal dengan dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rathnamala a/p Muniandy, Penolong Kanan HEM, Puan Rosliza binti Abdul Rahman, Penolong Kanan Kokurikulum dan Puan Anita binti Mohamed Ali. Pentadbiran sekolah turut disokong kuat dengan empat orang Guru Kanan Mata Pelajaran iaitu Puan Siti Aishah binti Daud sebagai GKMP Sains dan Matematik, Encik Kamarul Ariffin bin Mokhtaruddin sebagai GKMP Teknik dan Vokasional, Puan Norelyza binti Suartam sebagai GKMP Bahasa dan Puan Tay Say Chow sebagai GKMP Kemanusiaan. Sekolah juga mempuyai tiga orang Guru Bimbingan dan Kaunseling yang membantu init HEM dalam pengurusan sahsiah murid. Sekolah ini mempunyai seramai 67 orang guru dan 6 orang staf sokongan. Operasi sekolah turut dibantu oleh pengawal keselamatan dan kakitangan pembersihan di bawah kelolaan pihak swasta.
Kini, setelah hampir 35 tahun beroperasi SMK Subang Utama mempunyai 5 blok bangunan yang menempatkan kelas dan fasiliti penting sekolah iaitu Blok Anggerik, Blok Bakawali, Blok Cempaka, Blok Dahlia dan Blok Exora. SMK Subang Utama juga turut mempunyai sebuah dewan sekolah yang dipanggiil Dewan Perdana PIBG yang mampu menampung 1300 orang pada satu-satu masa.
Terdapat pelbagai kemudahan yang terdapat di SMK Subang Utama seperti jumlah bilik darjah sebanyak 35 bilik darjah, bilik mesyuarat, pejabat, bilik SPBT, bilik guru, bilik kaunseling, Bilik Mutiara Minda, bilik disiplin, bilik rawatan, bilik banquet, bilik pengawas, pusat sumber sekolah, bilik tayangan/APD, kedai buku dan koperasi, bilik utiliti agama, bilik seni, makmal bahasa, makmal komputer, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, bilik muzik, surau, dewan kecil dan dewan yang dinamakan sebagai Balai Gemilang. Terdapat juga ruang terbuka yang selesa yang dinamakan Laman Informasi dan juga ruang terbuka berbumbung yang dinamakan Anjung Inspirasi.