SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang telah diwujudkan pada 10 Januari 1965 iaitu setahun selepas lawatan Allahyarham Aminuddin Baki ke Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang.

Pada peringkat awal SMK Sungai Tiang telah menumpang di SK Sungai Tiang dengan cuma 120 orang pelajar dan tiga orang guru (seorang guru pengelola, seorang guru PLD dan seorang guru sementara). Asrama desa kemudiannya dibina untuk kemudahan para pelajar.

Dalam tahun 2004 dua buah bangunan tambahan telah siap dibina. Kini SMK Sungai Tiang mempunyai Bengkel Kemahiran Hidup, Asrama Baru yang boleh menempatkan 110 pelajar lelaki dan perempuan , dua buah makmal komputer serta pusat akses dan makmal sains tulen tiga tingkat.

Dari segi pembelajaran akademik di SMK Sungai Tiang terdapat beberapa aliran iaitu Aliran Sains, Aliran Sastera, MPV (Pemprosesan Makanan)bagi menengah atas , dan Aliran Agama dan Aliran Biasa bagi menengah rendah.