SELAMAT DATANG KE LAMAN PORTAL
SMK SIERRAMAS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIERRAMAS
JALAN HOSPITAL SUNGAI BULOH 47000 SELANGOR DARUL EHSAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
SMK Sierramas yang diapit oleh Lingkaran Lebuh Raya Utara – Selatan dan Jalan Hospital ini bermula dengan sebahagian tanahnya ditanam dengan kelapa sawit oleh MALRA ( Persatuan Membantu Pesakit Kusta Malaysia ). Sebahagian milik kerajaan untuk kuari dan sebahagiannya dimiliki oleh Bujung Estate. Dalam pada itu, kawasan ini juga diduduki oleh setinggan Melayu yang terdiri daripada lebih kurang 70 – 80 buah rumah. Pada awalnya kampung ini dikenali sebagai Kampung Wak Kasmani kerana peneroka pertamanya bernama Kasmani. Apabila penduduk kampung menubuhkan UMNO, kampung telah didaftarkan dengan nama Kampung Sentosa. Pada tahun 1997, Kawasan ini telah dipindah milik kepada Syarikat Sierramas (M). Sdn. Bhd.
SMK Sierramas telah ditubuhkan pada 1 Jun 2011, namun dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2012. Sekolah ini terletak di Jalan Hospital bersebelahan dengan Hospital Sungai Buloh. Berkeluasan 1.8 hektar. Pembinaaan sekolah ini telah menelan kos sebanyak RM 33.1 juta. Sekolah ini mempunyai 18 bilik darjah yang boleh memuatkan 45 orang pelajar di dalam setiap kelas dalam satu- satu masa. Selain itu, pelbagai kemudahan bilik lain juga turut tersedia antaranya Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM), Bilik Sains dan Matematik, Bilik Pendidikan Seni dan Visual, Bilik Multimedia, Bilik Masakan dan Jahitan, Bengkel, dan Pusat Sumber Sekolah.
Terdapat lima bangunan utama iaitu Bangunan Pentadbiran Saidina Abu Bakar, Bangunan Akademik Zaa’ba, Bangunan Akademik Abdullah Munsyi, Bangunan Makmal Al- Farabi dan Bangunan Bengkel Ibnu Sina. Malahan dua buah dewan turut disediakan untuk kegunaan dan kemudahan anak – anak iaitu Dewan Refflesia dan Dewan Matahari. Antara kemudahan lain yang ada ialah Kantin Bakawali, Dataran Tun Sri Lanang, dan Ruang Legar Bunga Mas.
Pembinaan sekolah yang mengambil masa kira- kira 3 tahun ini berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran, namun kini sekolah ini tersergam indah di hadapan mata. Bagi memudahkan anak- anak permata SMK Sierramas menjalankan aktiviti kokurikulum, sekolah ini turut dilengkapkan dengan gelanggang permainan seperti gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang dan bola jaring serta padang yang boleh digunakan untuk permainan futsal. Sepanjang tempoh beroperasi, pihak sekolah telah menerima beberapa sumbangan daripada orang perseorangan, ibu bapa, agensi swasta, JKKP Kg. Melayu dan lain – lain.
LAMAN SOSIAL RASMI
MAKLUMAT SEMASA
Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program infaq surau ini.
CAPAIAN PANTAS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIERRAMAS
JALAN HOSPITAL 47000 SUNGAI BULOH SELANGOR
📞03-61402562
LOKASI SEKOLAH
# B O L E H D A N M E M A N G B O L E H