Ikrar Pelajar

IKRAR PELAJAR

Bahawa kami murid SMK Setia Alam berjanji dan berikrar untuk menjadi “Insan Mithali” berlandaskan prinsip-prinsip berikut :-


1. Mencapai keputusan cemerlang dalam semua peperiksaan dan kegiatan kokurikulum untuk menjamin masa depan yang cemerlang.

2. Mendisiplinkan diri dengan mematuhi peraturan sekolah, masyarakat dan negara demi kesejahteraan bersama.

3. Mengamalkan sahsiah yang mulia berteraskan ajaran agama dan nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan.

4. Menguasai ilmu dan kemahiran yang dipelajari agar menjadi warga negara Malaysia yang berguna.

5. Menjaga nama baik diri, keluarga dan sekolah demi meningkatkan martabat agama, bangsa, dan negara