GO PRIMA - Program Prestasi Intelek Merentasi Akademik dirangka di bawah Kluster Kurikulum Induk untuk saringan semua murid  dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 pasca ujian 1 lagi, supaya program intervensi dapat dilaksanakan untuk membantu mereka memperbaik prestasi mereka dari semasa ke semasa. Uniknya program ini, saringan dibuat mengikut warna lampu trafik iaitu Hijau untuk kategori murid prestasi cemerlang, Kuning untuk kategori murid prestasi sederhana dan Merah untuk kategori murid prestasi lemah. Namun, untuk setiap kumpulan murid men. rendah Tingkatan 1 hingga 3, saringan dibuat merujuk gred PBD/PT3,  kumpulan murid menengah atas Tingkatan 4 dan 5 pula , saringan dibuat merujuk gred SPM dan begitu juga untuk kumpulan PPU, saringan dibuat merujuk gred STPM.