Selamat Datang ke Laman Rasmi SMK SERI PANTAI, KUALA LUMPUR
"KECIL TAPAK TANGAN, NYIRU KAMI TADAHKAN"
SERI PANTAI, 07 Februari - Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur, YBrs. Dato' Sri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Rapera telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Rapera kepada murid-murid dari sekolah-sekolah terpilih bertempat di Dewan Seri Mutiara, SMK Kepong Baru, Kuala Lumpur.
Seramai 75 orang murid dari SMK Seri Pantai menerima manfaat daripada sumbangan ini dan beberapa orang murid terpilih dari SMK Kepong Baru, SMK Wangsa Melawati dan SMK Seri Bintang Selatan.
Pada majlis tersebut, Yayasan Rapera juga turut menyumbangkan sebanyak 40 batang raket badminton kepada SMK Seri Pantai yang diwakili oleh Pengetua, Pn. Faridah Akhma binti Zulkifli.
Turut hadir bersama, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Pn. Hjh. Norhayati binti Hj. Ab Wahab, Pengetua SMK Kepong Baru, Pengetua SMK Wangsa Melawati, Pengetua SMK Seri Bintang Selatan dan GPK Hal Ehwal Murid SMK Seri Pantai.
Untuk makluman, Yayasan Rapera ditubuhkan untuk menggalakkan aktiviti kemasyarakatan, aktiviti pembelajaran di Malaysia supaya dapat meningkatkan kebajikan dan kualiti hidup rakyat Malaysia.
Pihak SMK Seri Pantai mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Rapera atas sumbangan yang diberikan. Semoga usaha ini dapat meringankan sedikit beban kewangan kepada murid-murid terlibat.
‘𝙐𝙨𝙖𝙝𝙖 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙆𝙚𝙟𝙖𝙮𝙖𝙖𝙣’
#pssseripantai
#smkseripantai
: En. Mohamad Aidil Afifi bin Yusri dan Pn. Hanisah binti Burhanuddin