Nota : Murid-murid boleh semak sendiri Rumah Sukan, ID Moe, Kegiatan Kokurikulum masing-masing melalui pautan berikut :
Barisan pentadbir sekolah .. ..
Program TS25 atau Transformasi Sekolah 2025 ini merupakan initiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan cara;
menjalankan amalan terbaik dalam pelaksanaan kepimpinan serta pengurusan dan pedagodi Pengajaran dan Pembelajaran.
hal ini berdasarkan/selari dengan PPPM 2013-2025.
ELEMEN PROGRAM TS25:
Persekitaran
Pembelajaran Bermakna
Pengajaran Bermakna
Pentaksiran
Pedagogi
Dokumen Standard
SEKOLAH BERKUALITI PERLU…
Menyediakan pelan atau rancangan hal ehwal murid, kokurikulum, kurikulum, dan sebagainya. Ini adalah perlu untuk mewujudkan persekitaran sekolah (bagi pengajaran serta pengajaran) yang selesa serta positif.
Perkara ini boleh direalisasikan dengan bantuan masyarakat tempatan dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
KEMENJADIAN MURID ADALAH…
Murid yang cemerlang (berprestasi tinggi, berfikiran kritis, mampu memimpin, dan sebagainya), dilahirkan dari pendidikan di sekolah.
Pendidikan sekolah yang berkualiti akan melahirkan murid yang mampu menjadi pemimpin negara bagi generasi seterusnya.
MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25):
Meningkatkan potensi/keupayaan tenaga pendidik serta murid. Dilakukan dengan mengaplikasikan konsep yang berkualiti dalam sistem pengajaran serta pembelajaran.
Menggalakkan penglibatan semua pihak (pendidik, ibu bapa, masyarakat, dsbg), dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih teratur serta komprehensif.
Meningkatkan kepimpinan dan kepakaran pihak-pihak terlibat.
Secara amnya, program ini bertujuan untuk…
Melahirkan guru yang kompeten dan berfikiran kritis dan tinggi.
Menggalakkan penglibatan serta komitmen komuniti atau masyarakat setempat yang tinggi.
Mewujudkan persekitaran pembelajaran (serta juga pengajaran) sekolah yang positif dan menyeronokkan.
Memastikan kepimpinan yang dilakukan adalah sentiasa berkualiti.
Sejarah SMK Seri Pantai
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1967 dengan nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kampung Kerinci. Pada tahun 1973, sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Sri Pantai. Nama ini telah diberikan oleh En. Mokhtar b. Zakaria ( Guru Besar ) dengan persetujuan guru-guru pada masa itu. Ianya merupakan sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Guru Besar yang pertama ialah En. Michael Peter.[1]
Nama Sri Pantai diambil sempena lokasi sekolah ini yang terletak di sekitar kawasan Lembah Pantai, Pantai Dalam dan Pantai Baru. Kedudukan sekolah ini ialah berhampiran Lebuhraya Persekutuan iaitu lencongan ke atas menuju ke Kampung Kerinci. Sejak penubuhannya lagi ia telah pun dikelilingi oleh petempatan setinggan. Keadaan ini masih berterusan, walau bagaimana pun jumlahnya semakin berkurangan. Ini disebabkan oleh bertambahnya rumah-rumah pangsa yang didirikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ).
Pada awalnya sekolah ini hanya sebuah sekolah kecil yang menempatkan pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai kaum di sekitar Kampung Kerinci. Pada masa itu kemudahan amat terhad, termasuk ketiadaan bilik guru. Jalan masuk ke sekolah juga belum dibina. Justeru itu guru-guru terpaksa memanjat bukit untuk sampai ke sekolah. Kereta-kereta mereka pula hanya boleh di letakkan di tepi lebuh raya.
Selepas empat tahun penubuhannya, sekolah ini telah berjaya menerbitkan majalahnya berjudul ‘Suria’. Pada tahun 1972, dengan pertambahan pelajarnya, ia telah memulakan sesi petang. Golongan pertama pelajar yang mengambil peperiksaan MCE ialah pada tahun 1972.
Lencana sekolah digunakan pada tahun 1967, tetapi diubah rekabentuknya pada tahun 1980 kerana adanya lambang kepala lembu yang dianggap kurang sesuai.
Judul lagu sekolah ialah ‘Usaha Untuk Kejayaan’. Lagu ini merupakan ilham daripada En. Mohd. Adnan b. Ismail dan lirik oleh En. Ibrahim Hj. Ahmad ( Penolong Kanan HEM ) dan gubahan piano disusun oleh Pn. Tang Tin Seng ( guru sekolah ini ). Lagu ini mula dinyanyikan oleh para pelajar pada tahun 1989. Pada tahun 2002, lagu ini telah digubah semula rentak dan liriknya oleh En. Johan b. Abdul Majid ( guru sekolah ini ).
Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mempunyai tiga blok bangunan yang menempatkan 16 buah bilik darjah. Pada tahun 1982, terdapat pertambahan dua blok bangunan yang menempatkan perpustakaan, makmal sains dan bengkel. Pada tahun 1984, bilik sumber, klinik gigi, kedai buku dan bilik serbaguna ditempatkan di blok B. Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai mempunyai enam blok dan kesemua bilik ini digunakan untuk tujuan pembelajaran atau pun sebagai bilik-bilik khas.
Kelas Tingkatan Enam telah dimulakan pada tahun 1989 dan pada 9 Mac 1982, sekolah ini telah menjalankan waktu persekolahan pada sesi pagi sahaja. Pada bulan Jun 1997 hingga Dis 1997, sekolah ini telah dijadikan sekolah percubaan satu sesi dengan masa dipanjangkan iaitu dari 7.45 pagi hingga 3.45 petang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun ia telah kembali semula mengikut jadual persekolahan yang asal iaitu sesi pagi sahaja, bermula dari pukul 7.40 pagi dan tamat pada pukul 1.55 petang.
Selain daripada kelas-kelas terdapat juga bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber, Bilik SAL, Bilik AVA, Bilik Peperiksaan, Bilik Sejarah, Bilik MARA, Bilik ERT, Bilik Jahitan, Bilik Gerakan, Bilik Rekod, Bilik Perabot, Bilik Guru Kanan, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Makmal Komputer, BOSS dan lain-lain lagi.
MATLAMAT SEKOLAH
Melahirkan individu pelajar yang DINAMIK iaitu:
D - Disiplin diri yang tinggi
I - Intelek dalam segala tindak tanduk
N - Nekad, berani dan tabah menghadapi cabaran
A - Aktif dalam pelbagai bidang
M - Menghormati guru, ibu bapa dan kepimpinan yang adil
I - Insan yang beriman dan bertakwa
K - Kerjasama memburu kejayaan
PIAGAM SEKOLAH
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan :
Sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif.
Tabah memikul tanggungjawab mendidik pelajar agar berketrampilan, berdaya saing serta beriman dan beramal soleh.
Memberikan perkhidmatan mesra dan cekap serta bekerjasama kea rah kecemerlangan pendidikan.
Mewujudkan budaya sekolah ke arah masyarakat penyayang, harmonis dan patriotik.
LAGU SEKOLAH
USAHA UNTUK KEJAYAAN
Inilah ikrar kami
Putera puteri Seri Pantai
Yakin kami mengorak langkah
Membela nusa bangsa
Dinamik jati diri
Nilai murni peribadi
Cekal tempuh cabaran berliku
Tekun Menimba ilmu
Kecemerlangan jadi wawasan
Unggul dalam segala bidang
Disiplin diri diutamakan
Usaha untuk kejayaan
Gubahan asal
Encik Mohd. Adnan Bin Ismail
Encik Ibrahim Bin Haji Hamid
Gubahan semula
Encik Johan Bin Majid
Ikuti cerita kami di .. .. ..
Ada masalah dengan dengan googleclassroom anda? Tidak tahu ID moe anda? Tidak tahu katalaluan? Ataupun ada masalah berkaitan dengan peranti (smartphone, laptop atau komputer). Sila klik pautan berikut: