Chanel Youtube SMK Seri Gombak - SEMERBAK TV
PEMAKLUMAN TENTANG PEMAKAIAN BAJU PJ
👕 Murid dibenarkan memakai pakaian PJ pada hari yang ada mata pelajaran PJ dalam jadual kelas mereka.
👕 Pemakaian baju PJ hendaklah kemas dengan memasukkan baju ke dalam seluar(tuck in) bagi murid lelaki.
PEMAKLUMAN TENTANG WAKTU KEHADIRAN MURID
â• Murid sesi pagi perlu hadir ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi.
â• Manakala murid sesi petang perlu hadir sebelum jam 12.50 tengahari.
â• Murid yang lewat akan ditugaskan kerja amal sehingga jam 1.45 petang (sesi pagi). Manakala, murid sesi petang jam 11.30 pagi (hari berikutnya).Â
BARISAN PENTADBIR SMK SERI GOMBAK
SEJARAH SMK SERI GOMBAK
SMKSG ditubuhkan pada 5 Januari 1981 di atas tanah bekas lombong tanpa bekalan air dan elektrik selama 1 tahun.
Bekalan air dan elektrik disalurkan ke sekolah pada 25 Mei 1982. Kini SMKSG telah berusia 42 tahun. Pada mula penubuhan, sekolah ini dikenali dengan nama SMK Ulu Gombak. Pada tahun 1983 nama SMK Ulu Gombak ditukar kepada SMK Seri Gombak dan menggunakan nama SEMERBAK sebagai identiti sekolah.
SMKSG diletakkan dalam kategori Gred A, lokasi pinggir bandar. Sais keluan SMKSG adalah 18 ekar. Bermula dengan hanya 3 blok bangunan, satu blok kantin dan satu blok untuk bengkel seni perusahaan.
VISI SEKOLAH
"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera"
MISI SEKOLAH
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
MOTO SEKOLAH
"Berusaha, Berjaya, Berdisiplin"
OBJEKTIF
Melaksanakan 100% Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan kecuali berlaku perkara di luar kawalan Sekolah Menengah Negeri Selangor (SMNS)
✅ Memastikan pencapaian murid setiap Sekolah Menengah Negeri Selangor mencapai 65% lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun / SPM.
✅ Memastikan 100% murid Sekolah Menengah Negeri Selangor mendapat perkhidmatan bimbingan dan kemahiran belajar, pembangunan diri murid, motivasi dan kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
✅ 100% aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti.