Bilangan pelawat:
Bilangan pelawat:
SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG
IKHLAS DARIPADA:
SEMUA WARGA SAS
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PRIHATIN UNTUK MURID TINGKATAN 5 DAN TINGKATAN 6 TAHUN 2023
PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI UNTUK PELAJAR CEMERLANG PERCUBAAN SPM 2023
SESI PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA MURID ASLI TINGKATAN 5 BERSAMA TUAN PENGETUA ENCIK ZAKARIA BIN ABDULLAH
PROGRAM PEMBUGARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH
PROGRAM ECO-SCHOOLS
PERTANDINGAN ENVIROHUNT SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2023
PERTANDINGAN KAWAD TANGAN ZON 1 (UNIT BERUNIFORM KADET POLIS)
SMKSAS JOHAN KADET LELAKI
JOHAN KADET PEREMPUAN
KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS.
SMKSAS TELAH MEMENANGI 37 EMAS, 28 PERAK DAN 27 GANGSA
SPM SESI 2022
Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Semua warga SAS mendoakan kejayaan murid-murid Tingkatan 5. Semoga diberi kemudahan dalam menjawab soalan. Good luck semua.
PROGRAM SEPANJANG MINGGU 43 ( 13 FEB-17 FEB 2023)
JALINAN DAN JARINGAN SEKOLAH KEBANGSAAN
SMK Sultan Ahmad Shah telah menerima kehadiran murid-murid dan guru-guru pembimbing dari sekolah rendah sekitar tanah rata untuk melawat koridor TS25. Sekolah tersebut ialah SK Tanah Rata dan SJK Cina Pelbagai aktiviti yang disertai oleh murid-murid iaitu Dream Box, Pameran Buku Skrap, Pameran Model Bandar Hijau dan lain-lain lagi.
PECUTAN AKHIR SPM MINGGU : KELAS ANJAL
Kelas anjal spm berlangsung sepanjang minggu sebagai pecutan akhir sebelum menduduki peperiksaan sebenar. Pihak sekolah mendoakan kejayaan untuk murid-murid yang menduduki SPM pada tahun ini.
PERSIAPAN AKHIR PERTANDINGAN KORIDOR TS25
Kerjasama yang erat antara para guru dan murid-murid dalam menjayakan persiapan menuju pertandingan koridor TS25.
MALAM APRESIASI SMKSAS 2022
Majlis ini diadakan di Hotel Heritage Cameron Highlands. Ia dihadiri oleh pentadbir-pentadbir, guru-guru dan ahli kumpulan pelaksana bersama pasangan dan anak-anak masing-masing. Ia diadakan untuk meraikan jasa para guru dan ahli kumpulan pelaksana sepanjang tahun 2022. Terima kasih kepada Badan Kebajikan Guru dalam menjayakan majlis ini.
PROGRAM SEPANJANG MINGGU 42 ( 6 FEB-10 FEB 2023)
PECUTAN AKHIR SPM : KELAS ANJAL
Kelas anjal spm berlangsung sepanjang minggu sebagai pecutan akhir sebelum menduduki peperiksaan sebenar. Pihak sekolah mendoakan kejayaan untuk murid-murid yang menduduki SPM pada tahun ini.
SUMBANGAN BUNGA DARIPADA MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS (MDCH)
SMK Sultan Ahmad Shah telah menerima sumbangan bunga daripada Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH). Ia telah disampaikan oleh beberapa staf MDCH. Terima kasih MDCH. Semoga sumbangan bunga ini dapat menceriakan kawasan sekolah.
PERSIAPAN SEMPENA PERTANDINGAN KORIDOR TS25 2023
SMK Sultan Ahmad Shah telah dipilih dalam pertandingan koridor ts25. Bermula dengan mesyuarat jawatankuasa sehingga aktiviti gotong royong untuk mempersembahkan yang terbaik telah dilaksanakan. Terima kasih kepada guru dan murid yang telah bertungkus lumus menjayakan koridor TS25 ini. Semoga SMKSAS mendapat kejayaan.
PROGRAM SEMPENA MINGGU PASCA UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (31 JANUARI - 3 FEBUARI 2023)
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang minggu ini. Antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan ialah Pertandingan Gubahan Bunga, Pertandingan Memasak, Program Kebudayaan Cina Sempena Sambutan Tahun Baru Cina, Pesta Ponggol dan Permainan Dam, Catur, Sahiba dan Congkak.
Aktiviti ini telah dilaksanakan di tempat yang berbeza tetapi pada masa yang sama. Impak daripada aktiviti yang dijalankan, murid-murid mendapat pengalaman yang sangat berharga. Selain itu, dapat dilihat bakat yang dicungkil dalam diri setiap murid.
PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA
PERTANDINGAN MEMASAK
PROGRAM KEBUDAYAAN CINA
SEMPENA TAHUN BARU CINA 2023
PESTA PONGGAL
PERMAINAN DAM, SHIBA, CATUR DAN CONGKAK