JOM LIKE FB PAGE SMK RAJA TUN UDA (Rasmi) UNTUK UPDATE TERKINI PROGRAM SEKOLAH
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.
Pendidikan yang sempurna di Sekolah dapat mewujudkan individu yang seimbang, beragama, kuat semangat, intelek, berdikari, bertatasusila, bersepadu, demokratik, adil, liberal, progresif, bertanggungjawab dan mampu menyaingi cabaran masa depan negara dalam menjayakan wawasan negara. Bagi mencapai cita-cita tersebut, setiap anggota SMK Raja Tun Uda percaya bahawa semua pelajar mempunyai potensi dan boleh dibentuk serta mempunyai peluang yang sama dalam proses menuntut ilmu. Usaha yang gigih dan disiplin yang tinggi akan menentukan kejayaan murid.
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda akan menjadi institusi yang beraspirasikan KBAT yang mampu melahirkan modal insan yang sempurna dan bersahsiah terpuji menjelang 2022.
Untuk menjadi institusi yang mampu melahirkan insan cemerlang dan warga sekolah akan berusaha meningkatkan budaya kerja positif bagi :
❖ Melaksanakan sistem e-pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berkesan.
❖ Menjana amalan konsep sekolah penyayang dalam membantu kemenjadian murid.
❖ Mewujudkan persekitaran yang kondusif, selamat dan harmoni untuk Keselesaan pengajaran dan pembelajaran.
❖ Menjana budaya sekolah ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mulai tahun 2021.
❖ Menjadikan sekolah ini ’A Learning Organization’
❖ Melahirkan pelajar yang mampu mengharmonikan dan memakmurkan keluarga, masyarakat dan negara.
❖ Melahirkan pelajar yang beragama, berakhlak mulia, berilmu serta sihat dari segi mental dan fizikal melalui program kurikulum, kokurikulum dan bina insan.
❖ Melahirkan pelajar yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang yang diceburi.
❖ Melahirkan warga sekolah yang berbudaya cemerlang, penyayang, hormat-menghormati serta berjiwa luhur.
❖ Membentuk warga sekolah bagi menjiwai dan melaksanakan tanggungjawab berlandaskan KBAT.
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda, berikrar, secara bersepadu akan memberi perkhidmatan yang penyayang, kreatif dan inovatif dengan cekap, pantas, berkesan, berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kami akan :-
❖ Melayan semua pelanggan dengan mesra dan cekap tanpa sebarang prasangka.
❖ Berkhidmat dengan cekap, penuh komitmen, dedikasi dan bertanggungjawab.
❖ Menerapkan nilai-nilai murni ke arah pembentukan masyarakat penyayang.
❖ Sentiasa menghargai dan menepati masa.
• Melahirkan seluruh warga sekolah yang mampu menghafaz surah Yasin dan mengamalkannya.
• PKP dan GK Kemanusiaan.
• Mengaplikasikan tujuh elemen dalam Program Peluasan Sekolah Penarafan KBAT.
• Semua Penolong Kanan
Membudayakan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dan memantapkan PAK 21.
• PKP dan Guru Kanan Teknik & Vokasional
• Mensasarkan kualiti GPMP dan GPS SPM 5.67 dan peratus lulus 80 %.
• PKP dan semua Guru Kanan.
• Membina item dan menghasilkan instrumen PT3 yang berkualiti.
• PKP dan Semua Guru Kanan.
• Membina Kemenjadian Murid – Penekanan khusus dalam aspek kepemimpinan, pembentukan sahsiah unggul, memantapkan disiplin dan peningkatan kemahiran komunikasi.
• PK HEM
• Memperkasakan pengurusan asrama supaya dapat mengekalkan Band 1.
• PK Hal Ehwal Murid.
Mempertingkatkan kehadiran murid agar dapat dilonjakkan kepada 90% setiap bulan.
• PK Hal Ehwal Murid.
Koperasi sekolah akan dipertingkatkan perolehannya melalui aktiviti jualan runcit.
• PK Kokurikulum
• Memantapkan pengurusan kewangan sekolah supaya mencapai Audit Cemerlang.
• Ketua Kerani Sekolah.