Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:
Memberikan layanan yang mesra dan adil kepada murid, ibu bapa, stakeholder dan masyarakat.
Menghasilkan golongan murid yang mengamalkan nilai-nilai positif dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Memberi bimbingan dan didikan yang sama rata kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan.
Memberipeluangkepadasemua murid memperkembang potensi-potensi untuk mempertingkatkan keterampilan murid melalui aktiviti kokurikulum dan pembangunan insan.
Memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti melalui sistem pengurusan yang profesional dan peka kepada setiap perubahan.
Menyediakan staf yang berdedikasi, berakauntabiliti, berdisiplin, produktif dan inovatif.
Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengalaman perkhidmatan yang penyayang.
Mewujudkan kerjasama dan perhubungan yang harmoni antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang.
Melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan oleh stakeholder.
Mengambil tindakan kepada semua urusan yang ditetapkan dan sentiasa peka serta bersedia menerima pandangan dan cadangan yang konstruktif.
ETOS SEKOLAH
Berdasarkan kepada takrifan yang diberikan oleh Kamus Dewan, Edisi Keempat, etos bermaksud sifat atau ciri sesuatu bangsa atau era. Sebagai sebuah sekolah menengah harian yang mempunyai sejarahnya yang panjang, pihak pentadbiran sekolah telah berusaha mewujudkan etos sekolah bagi menjadi iklim dan budaya sekolah yang tersendiri bagi sekolah itu. Etos yang dimaksudkan ialah;
Budaya salam sayang yang menjadi amalan seluruh warga sekolah.
Menghayati dan mendokong aspirasi sekolah bebas DARVIH pada setiap masa.