SMK RINGLET
39200, RINGLET, CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
39200, RINGLET, CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RINGLET
KOD SEKOLAH : CEA 1002
JENIS SEKOLAH : SEKOLAH HARIAN BIASA
GRED SEKOLAH : B
SESI PERSEKOLAHAN : SATU SESI
ALAMAT SEKOLAH : SMK RINGLET, JALAN BESAR RINGLET, 39200, RINGLET, CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
NO TELEFON : 05-4956620/19
NO FAKS : 05-4956621
EMEL : smkringletch@gmail.com
SMK Ringlet mula dibina pada bulan Mei 2000 oleh Syarikat Kontraktor Nilaibina Sdn. Bhd. Sekolah ini dibina di kawasan seluas 44500 meter persegi bersebelahan dengan SK Ringlet. Sekolah ini terletak lebih kurang 3 KM dari pekan Ringlet dan 11 km dari Tanah Rata.
Bangunan sekolah ini terdiri daripada 8 blok akademik, 2 blok bengkel Kemahiran Hidup, 1 blok makmal Sains, pentadbiran dan kantin. Blok akademik mempunyai 36 bilik darjah dengan muatan optimum seramai 1260 pelajar.
Sekolah ini diserahkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands pada bulan September 2003 dan pada 23 Oktober, Encik Ho Yip Kap telah dilantik sebagai Caretaker. Sesi persekolahan SMK Ringlet bermula pada 5 Januari 2004 dengan Encik Ho Yip Kap dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan dibantu oleh Encik Azmi Bin Ahmad (GPK HEM) dan Encik Narjit Singh (GPK KOKO). Seramai 25 orang guru dari SMKSAS telah bertukar ke SMK Ringlet untuk berkhidmat.
Seramai 649 orang murid telah melapor diri untuk memulakan sesi persekolahan dan kebanyakan murid ini adalah pelajar SMK Sultan Ahmad Shah yang tinggal di kawasan Shum Yip Leong, Ringlet dan Lembah Bertam. Selebihnya adalah murid-murid sekolah rendah yang berada di kawasan Ringlet. Sebanyak 20 buah bilik darjah telah dibuka bermula dengan tingkatan peralihan hingga tingkatan 5.
Pembukaan SMK Ringlet merupakan satu kemudahan kepada penduduk di sekitar Ringlet kerana tidak perlu ke Tanah Rata untuk menyambung persekolahan di peringkat menengah. Pembukaan sekolah ini juga merupakan satu kejayaan kepada PPD Cameron Highlands dalam memartabatkan pendidikan di daerah ini.
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
MATLAMAT SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Ringlet sebagai sebuah sekolah cemerlang dalam akademik, pembinaan sahsiah terpuji, penglibatan kokurikulum yang aktif, pengurusan berkualiti dan berusaha mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan selamat
ILMU MENJANA KECEMERLANGAN