ANUGERAH 'INNOVATIVE LEADER IN EDUCATION EXCELLENCE' 2025
Assalamualaikum Wbt,
Salam Malaysia Madani &
Salam Hebatkan N2.
ANUGERAH 'INNOVATIVE LEADER IN EDUCATION EXCELLENCE'
Tahniah kepada Puan Mazira binti Mohd Zain, Pengetua SMK Putrajaya Presint 9 (2) atas kejayaan menerima Anugerah "Innovative Leader in Education Excellence" pada 21 Mac 2025 di University of Oxford (Ashmolean Museum), United Kingdom sempena '13th World Leaders Summit'
Sidang kemuncak ini menghimpunkan pemimpin dari seluruh dunia untuk meraikan inovasi, kepimpinan, dan impak global dalam pelbagai bidang.Penerima anugerah ini dipilih melalui proses pemilihan yang kompetitif, berdasarkan sumbangan pada kepakaran akademik, kolaborasi dengan rakan strategik, penglibatan dalam NGO, kaji selidik serta penulisan journal yang berterusan dengan penyertaan dari pelbagai negara di seluruh dunia.Anugerah berprestij ini disertai lebih daripada 60 buah negara dan yang terpilih hanya 60 orang pemimpin pendidikan terbaik daripada 5,000 penyertaan*.
Malaysia diwakili oleh dua buah sekolah salah satunya Pengetua, SMK Putrajaya Presint 9(2) dan Pengasas Sekolah Antarabangsa di Kuala Lumpur. Puan Mazira binti Mohd Zain telah berjaya mengharumkan nama negara dengan berada dalam kelompok dua terbaik dunia. Sekalung penghargaan atas pencapaian yang menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik dalam menerajui kecemerlangan pendidikan di peringkat global.
Daripada :
Seluruh Warga SMK Putrajaya Presint 9(2).
11
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada *Puan Mazira binti Mohd Zain,Pengetua SMK Putrajaya Presint 9(2)* kerana telah dinobatkan sebagai;
*1.Principal of The Year*
*2.Best School Management Practices*
*'Asian Education Awards 2024 Bangkok,Thailand*
Pertandingan ini telah disertai oleh;
5000 peserta daripada lebih 10 buah negara.
Hanya 120 penyertaan yang berjaya melepasi saringan dan terpilih ke peringkat seterusnya
17 negara hadir semasa majlis penganugerahan peringkat antarabangsa
Alhamdulillah,semoga penganugerahan ini menjadi sumber inspirasi dan penyuntik semangat warga N2 untuk menempa kejayaan pada masa akan datang.
Daripada :
Warga N2 2024,
SMK Putrajaya Presint 9(2).
#N2NurturingGlobalCitizen See less
BAHAGIAN 1
BAHAGIAN 2
BAHAGIAN 3
BAHAGIAN 4
BAHAGIAN 5
e-RPH 2024/2025