sejarah sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut (SMKP) telah dibuka pada 5 Januari 2004. Ia terletak di kawasan Senadin, Miri kira-kira 11 km dari Bandaraya Miri. Sekolah ini meliputi kawasan seluas 11.116 hektar ataupun 27.4 ekar. Pelan asal SMK Pujut ini terletak di kawasan Pujut, Miri tetapi telah ditempatkan semula ke kawasan baru iaitu di Senadin, Miri. Walau bagaimanapun, nama sekolah dikekalkan dengan nama SMK Pujut.

Pada permulaan pembukaan pada tahun 2004, SMK Pujut mempunyai seramai 1005 warga sekolah. Jumlah ini merangkumi 39 staf akademik, 9 orang staf sokongan dan 957 orang pelajar. Bilangan kelas adalah sebanyak 23 buah merangkumi 2 kelas peralihan, 7 kelas tingkatan 1, 5 kelas Tingkatan 3 dan 2 kelas aliran sastera.