PENGENALAN
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ialah bantuan kewangan yang disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada awal tahun persekolahan bagi meringankan beban kos permulaan seperti pembelian pakaian seragam, kasut, alat tulis dan keperluan asas lain. Bantuan ini lazimnya bernilai RM150 bagi setiap murid dan diberikan sekali dalam setahun. Keutamaan penerima diberikan kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) serta murid yang dikenal pasti oleh pihak sekolah sebagai layak menerima bantuan berdasarkan garis panduan KPM dan faktor keperluan seperti kes kebajikan atau masalah kewangan yang disahkan. Pelaksanaan BAP di sekolah bertujuan memastikan murid dapat memulakan sesi persekolahan tanpa halangan kewangan serta mengurangkan jurang akses pendidikan dalam kalangan masyarakat.
JAWATAN KUASA BAP
DOKUMENTASI
AKTIVITI