Keputusan Perlawanan
Anugerah Perak
Anugerah Gangsa
10 Pendebat Terbaik
Alhamdulillah, pertandingan Debat Terbuka Baktisiswa, UMS (Sekolah Menengah) peringkat kebangsaan baru sahaja melabuhkan tirainya, dan sekolah kita telah berjaya mengambil bahagian dengan penuh semangat! 🏆✨
Ini merupakan salah satu usaha sekolah dalam meningkatkan kebitaraan kokurikulum dalam debat melalui Program Orator Muda. 🎤📚 Program ini bertujuan untuk membina keyakinan, pemikiran kritis, dan kepakaran berhujah dalam kalangan murid kita! Dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Madam Francisca kerana sudi menaja yuran pertandingan ini 🤍🤍
Syukur Alhamdulillah, murid-murid kita telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berjaya meraih anugerah berikut walaupun bersaing sengit dengan sekolah-sekolah elit seperti Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Gombak dan SM Sains Sabah. 👏🔥
Pencapaian kumpulan
SMKPL B: Perak
SMKPL A: Gangsa
Anugerah Pendebat Terbaik Keseluruhan
Tempat kedua: Zizi Arini (2 BERLIAN)
Tempat ketiga: Nur Naina Rabbiatul (3 BERLIAN)
Pendebat Terbaik Pusingan:
Zizi Arini (2 BERLIAN)
Nur Naina Rabbiatul (3 BERLIAN)
Nur Hajidah Firzanah (2 BERLIAN)
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas usaha gigih, semangat juang, dan keberanian berhujah di pentas intelektual! 💪🎤 Teruskan kecemerlangan, kerana setiap hujah adalah langkah menuju kejayaan! 💡📚
Sekian, terima kasih.
Jurulatih Debat SMKPL,
Emi Syakilah.
MAJLIS SOLAT HAJAT & RESTU ILMU
Tarikh: 29 Nov 2024 (Jumaat)
Masa: 6.30-10.30pg
Penglibatan: Ibu Bapa Murid T5, Guru, Calon SPM 2024
Pada 19 Oktober 2024 , Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program Simulasi Haji dan Umrah yang disasarkan kepada calon SPM 2025 yang beragama Islam. Pihak sekolah telah menerima kerjasama yang baik daripada Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd sebagai penceramah dan pemudahcara serta Tabung Haji Bhd. bagi tajaan replika kaabah dan jamrah. Program ini telah menerima kunjungan daripada Pengurus Cawangan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd sendiri iaitu Tuan Haji Syed Husin bin Habib Omar. Program ini telah dihadiri seramai 90 orang murid serta turut menerima penglibatan daripada 5 orang guru dan seorang pekerja pembersihan.
Pihak panitia ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan.