SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang (SMKP) ditubuhkan pada 12 Januari 1964. Lokasi sekolah ini adalah di Pekan Pendang dan dikategorikan sebagai sekolah bandar.  Sekolah ini merupakan sekolah menengah yang tertua dan terbesar di daerah Pendang, Kedah Darul Aman. Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Shaari bin Abu Bakar dengan sokongan lima orang tenaga pengajar pada masa tersebut. Pada permulaannya,  sekolah ini menempatkan 113 orang pelajar.  Apabila semakin ramai pelajar, mereka terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Pendang dan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Min Sin, Kota Sarang Semut selama tujuh tahun. Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang kembali beroperasi sepenuhnya setelah bangunan siap dibina pada Pada 31 Mei 1971 dengan jumlah bangunan SMK Pendang adalah sebanyak 12 blok iaitu 7 blok bilik darjah (tingkatan 1 hingga tingkatan 6), 1 blok surau, 3 blok asrama (satu blok asrama putera, satu blok asrama puteri dan 1 dewan makan), sebuah kafeteria, satu blok makmal sains (3 tingkat), satu bengkel kemahiran hidup dan sebuah koperasi.

 

         SMK Pendang terkenal dengan pelbagai kejayaan yang telah dicapai semenjak penubuhannya sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Mulai tahun 2023, dengan kepimpinan Tuan Pengetua yang berwibawa, iaitu Encik Abdul Samad bin Abdul Hakim, pelbagai transformasi telah dilaksanakan untuk menjadikan SMK Pendang sekolah yang cemerlang dan beridentiti. Bukan sahaja landskap fizikal berubah malah landskap pembelajaran turut berubah apabila pendidikan abad ke-21 dari aspek teknologi telah diperkasakan dengan jayanya. Dengan jumlah tenaga pengajar yang berdedikasi, SMK Pendang mampu melahirkan murid dan pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek, selari dengan slogan sekolah iaitu ‘Unggul Di Persada’.

52+

Classes taught since 2002

7

Years Contributing Online

103

2023 Students

21

Teacher Credits

“A simple but powerful reminder of the positive domino effect a good education can have on many aspects of a person’s life and outlook.”

What we learned teaching online...

In Light Bulb, one of Gregory’s students arrived at his class with his mother an hour late, but he failed to confront the parent. He asked Barbara for some advice on how to handle it.