Selamat Datang ke Laman Rasmi SMK ORKID DESA
Pengurusan Hal-Ehwal Murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Sekiranya tidak dikendalikan dengan baik ia akan mencacatkan dan menjejaskan perjalanan dan prestasi sekolah itu sendiri. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi di kalangan murid/pelajar dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pengurus atau pemimpin sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pengurus/pemimpin sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam FPN bukanlah satu yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik. Untuk mencapai hasrat ini, jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir (guru besar/pengetua) dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya khususnya murid/pelajar.
Bidang-bidang Pengurusan HEM
Di Sekolah Pengurusan HEM merangkumi bidang-bidang berikut:
• Disiplin
• Bimbingan dan kaunseling
• Pentadbiran
• Kesihatan
• Buku teks
• Biasiswa dan bantuan
• Kokurikulum
• Asrama
• Kantin
• RAMP (Rancangan Amalan Makanan Pemakanan)
• Perlindungan murid/keselamatan
• Koperasi sekolah
Setiap bidang ini mempunyai objektif, dasar, pelaksanaan dan kumpulan sasaran masing-masing. Berdasarkan senarai tugas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan, berbagai-bagai program dan aktiviti boleh dijalankan oleh GPK (Rendah dan Menengah) bagi mencapai kecemerlangan murid