SELAMAT DATANG KE WEBSITE PUSAT TINGKATAN 6
PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS
Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada semua guru tingkatan dan pelajar.
Pada tahun 2026 ini, Jawatankuasa kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah (3K) akan menganjurkan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
Oleh itu semua kelas diminta sentiasa bersedia dan memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
Antara kriteria yang perlu dipatuhi adalah:
1. Kebersihan lantai
2.susun atur kerusi meja
3.Kebersihan tingkap
4. kebersihan papan putih
5.Carta organisasi kelas, jadual waktu dan jadual bertugas ( depan )
6. Info matapelajaran (belakang)
7. Hiasan kelas tidak berlebihan.
Guru bertugas/juri akan memantau semua kelas mengikut kelapangan pada bila-bila masa dan piala pusingan serta sijil akan diberikan kepada kelas yang berjaya mendapat Johan sahaja. Bagi kelas tempat kedua dan ketiga hanya akan mendapat sijil.
Bagi kelas-kelas Tingkatan 6 Semester 2 diwajibkan untuk menyertai pertandingan dan perlu mengikut semua kriteria di atas.
Jika didapati kelas terlalu kotor dan tidak dijaga dengan baik, semua pelajar dalam kelas tersebut akan di demerit.
Harap maklum, terima kasih. 😊
KELAS KECEMERLANGAN SEMESTER 2 2026