SELAMAT DATANG KE SITE SMKMA
HIJAU : Melambangkan Negara Malaysia yang aman dan makmur
MERAH : Melambangkan kegagahan dan keberanian menghadapi cabaran
KUNING : Melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara
BIRU : Melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai
VISI DAN MISI
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
ETOS SEKOLAH
“MUNSHI WARISAN KEPIMPINAN”
SMK Munshi Abdullah telah ditubuhkan pada tahun 1958 sempena menyahut seruan Penyata Dasar Pelajaran Razak 1956. Pada mula penubuhannya, pelajarnya menumpang di Sekolah Inggeris Gajah Berang. Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Laki-Laki Bandar Melaka (SMKL). Pelajar perintisnya berjumlah 80 orang iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Satu. Pada tahun 1964, SMKL menumpang di bangunan Sekolah Menengah Tun Tijah, di Jalan Durian Daun. Kemudiannya berpindah dan menumpang di bangunan Durian Daun pada bulan Oktober 1965.
Pada bulan Disember 1966, SMKL mempunyai bangunannya sendiri iaitu di Batu Berendam, yang terletak kira-kira 5 km dari Bandar Melaka.Nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Batu Berendam. Pada masa ini SMKLBB terdiri daripada empat blok bangunan iaitu Blok A, B, C, D dan sebuah kantin. Pada 16 Jun 1968, apabila SMKLBB dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Mohd. Khir Johari secara rasminya, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Munshi Abdullah (SMMA) Batu Berendam, Melaka.
Tingkatan 6 Sastera bermula pada tahun 1969 dan mengandungi 30 orang pelajar terdiri daripada 15 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan. Pada tahun 1970, tiga kelas Tingkatan 4 aliran sains dimulakan juga bermulanya pengambilan pelajar perempuan kerana sebelumnya pengambilan pelajar Tingkatan 1 hingga 5 adalah terdiri daripada pelajar lelaki sahaja. Berikutan dengan itu satu kelas Tingkatan 6 sains dimulakan di SMKMA pada tahun 1971. Pada tahun 1977, SMKMA menerima pelajar Rancangan Khas (RK) iaitu pelajar yang sekurang-kurangnya mendapat 3A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang tidak berjaya ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sebanyak dua kelas dengan lebih kurang 65-75 pelajar lelaki dan perempuan. Mereka diwajibkan tinggal di asrama.
Pada tahun 1991, program RK ini dihentikan dan digantikan dengan Kelas Aliran Agama (KAA). Pada dasarnya KAA ini sama dengan RK bezanya permohonan murid-murid ini tidak berjaya ke aliran agama. Pelaksanaan sekolah dua sesi bermula pada tahun 2007 apabila jumlah murid menjangkaui 2000 orang.
Pada tahun 2020, SMK Munshi Abdullah telah kembali semula beroperasi sebagai sekolah satu sesi. Murid Tingkatan 6 telah ditempatkan di blok G yang asalnya adalah bangunan asrama lelaki (ASPURA), manakala asrama lelaki berpindah ke blok ASPURI.
SMK Munshi Abdullah juga telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Melaka untuk melaksanakan program TS25 pada tahun 2020 yang berfokus kepada kepimpinan sekolah, guru berkualiti, kemenjadian murid dan komitmen komuniti yang padu.
VIDEO KOPORAT SMK MUNSHI ABDULLAH 2021