Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau mula dibuka pada Disember 1989. Sekolah ini bermula sebagai sekolah bertaraf gred B dengan bilangan murid seramai 163 orang. Mulai Januari 2003, SMK Mambau telah dinaik taraf menjadi sekolah gred A pada tahun 1998. Dewasa ini SMK Mambau telah mengalami banyak perubahan dalam semua aspek. Bermula dari perubahan fizikal dan prasarana yang telah dapat mewujudkan iklim yang kondusif sehinggalah kepada peningkatan prestasi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Kebanyakan murid sekolah ini merupakan penduduk tempatan yang datang dari sekitar Kampung Baru Mambau, Kampung Batu Tiga, Kampung Mambau, Taman Angsamas, Taman KeIab Tuanku, Taman Seri Mambau, Kampung Bemban dan ada juga dari Bandar Baru Springhill. Dalam tempoh penubuhan SMK Mambau, lapan orang pengetua telah menjadi peneraju iaitu: