MOTO SEKOLAH
Ke Arah Kecemerlangan
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
LOGO SEKOLAH
Simbol Atom
Sumber inspirasi ke arah sains dalam kehidupan. Menjuruskan sekolah ke arah sains dan teknologi
Simbol Geometri
Keperluan Matematik dalam kehidupan. Melahirkan kalangan masyarakat sekolah yang berpengetahuan dalam ilmu Matematik.
Huruf Q
Keseluruhan menjadikan guru, pelajar dan warga sekolah sebagai insan yang berkualiti dalam segala lapangan dan dapat menyumbang ke arah kemakmuran negara.
2001
Tahun sekolah dibuka
Warna
Merah melambangkan kekuatan dan semangat
Kuning mengukuhkan keyakinan terhadap setiap bidang yang diceburi di sekolah.
Hijau melahirkan masyarakat sekolah yang harmoni dan bersatu-padu.
Piagam Pelanggan Sekolah
Kami warga SMKM dengan penuh tekad, berazam dan berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
Memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua pelajar.
Menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan yang lengkap berpandukan Sukatan PENDIDIKAN.
Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif serta merangsang kreativiti dan budaya kerja berkualiti.
Memberi peluang latihan kepada semua guru untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran sekurangkurangnya sekali setahun.
Menyediakan latihan dan kemudahan untuk meningkatkan kemahiran kepada komuniti
Lagu Sekolah
Cemerlang.........cemerlang.........cemerlang
SMKM Cemerlang
Pelajar guru bersatu hati
Satu tujuan seiring jalan
Pemangkin kejayaan
Dalam pelbagai bidang
Akademik dan sukan
Sentiasa seimbang
Ke arah kecemerlangan
Kini menjadi pegangan
Budi bahasa budaya kami
Menjadi amalan setiap hari
Membentuk sahsiah diri
Cemerlang peribadi
Cemerlang.......cemerlang........cemerlang
SMKM Cemerlang