SMK IMPIAN EMAS, JOHOR BAHRU
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas diambil sempena nama taman perumahan tempat sekolah ini iaitu Taman Impian Emas. Alamat penuh sekolah ini ialah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IMPIAN EMAS, JALAN IMPIAN EMAS 10, TAMAN IMPIAN EMAS, 81300 JOHOR BAHRU.
Sekolah ini dibina di atas tapak Lot PTD 70980 Johor Bahru seluas 16 hektar oleh sebuah syarikat swasta iaitu SYARIKAT NORLELA CONSTRUCTION SDN. BHD. dan reka bentuknya direka oleh ARKITEK LA ARCHITECT. Sekolah ini telah dibina berdasarkan konsep "Perundingan Pintareka Jumat".
Kerja-kerja asas pembinaan telah dimulakan pada Januari 2000 dan dijangka siap pada Jun 2002. Namun disebabkan beberapa kekurangan, sekolah ini hanya dapat disiapkan sepenuhnya pada 28 Oktober 2002. Jarak antara sekolah ini dengan Bandaraya Johor Bahru ialah sejauh 13 kilometer.
Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas ini dibuka secara rasmi pada 6 Januari 2005. Sekolah ini mempunyai sebuah blok pentadbiran, 2 blok bilik darjah yang merangkumi 36 kelas,sebuah blok makmal,2 buah blok bengkel, sebuah surau,kantin,blok stor sukan,pondok pengawal,tempat menunggu bas, tempat letak basikal,34 lot tempat letak kereta guru,sebuah tapak gelanggang permainan dan sebuah padang.
Dengan moto sekolah ‘BERDISIPLIN,BERILMU, DAN BERMARUAH’ kami percaya sekolah ini akan terus berkembang maju seiring dengan era globalisasi menjelang 2012,seterusnya akan melahirkan pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
LATAR BELAKANG LENCANA SEKOLAH
BERDISIPLIN
Merupakan asas utama untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang yang diceburi.
BERILMU
Jitu bagi menempatkan diri dalam dunia globalisasi dan mampu untuk berdaya saing.
BERMARUAH
Tinggi dalam menjalani kehidupan seharian bersesuaian dengan konsep masyarakat Malaysia.
WARNA KUNING EMAS :
Dijadikan sebagai latar belakang atau asas kepada warna IMPIAN EMAS dan lambang pemerintahan negara beraja.
WARNA MERAH :
Melambangkan keberanian yang terbentuk dalam hati setiap pelajar.
WARNA PUTIH :
Melambangkan konsep kesucian dan kejujuran warna SMK IMPIAN EMAS.
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI SEKOLAH
Melestarikan sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
"TOGETHER WE ACHIEVE EXCELLENCE"
Nama : SMK Impian Emas
Alamat : SMK Impian Emas, Jalan Impian Emas 10, 81300 Johor Bahru, Johor
No.Tel : 07-5562577
Email : jea1072@moe.edu.my