PSS TELAH MEWUJUDKAN KOTAK PEMULANGAN BUKU PADA TAHUN 2016. KOTAK INI DILETAKKAN DI SEBELAH PINTU MASUK PSS. TUJUANNYA ADALAH UNTUK MEMUDAHKAN MURID MEMULANGKAN BUKU YANG DIPINJAM KE DALAM KOTAK PEMULANGAN BUKU PADA BILA-BILA MASA. KESANNYA KADAR PEMULANGAN BUKU TELAH DITINGKATKAN.
SUDUT INI DIWUJUDKAN KHAS UNTUK MENAYANGKAN GAMBAR / VIDEO AKTIVITI-AKTIVITI SMK IDEAL HEIGHTS. KESANNYA, LITERASI MAKLUMAT DAPAT DIJALANKAN. SELAIN ITU, KADAR KUNJUNGAN MURID KE PSS JUGA DITINGKATKAN
UNTUK MENUJU KE ARAH PSS ABAD KE-21, PSS HAMZAH FANSURI MULA MENGGUNAKAN SISTEM E WAKTU PADA TAHUN 2018. DENGAN INI SEMUA PENGUNJUNG HANYA PERLU MENGIMBAS KAD PSS UNTUK MENDAFTAR MASUK KE PSS. KESANNYA, SISTEM INI TELAH MEMUDAHKAN ANALISIS DAN LAPORAN TENTANG KADAR KUNJUNGAN KE PSS DIBUAT.
PSS MULA MENGGUNAKAN SISTEM SKEDDA (SISTEM TEMPAHAN BILIK-BILIK KHAS) PADA TAHUN 2020. GURU-GURU BOLEH MENEMPAH BILIK-BILIK KHAS SEPERTI PSS, BILIK APD, BILIK HAMKA DAN MAKMAL KOMPUTER DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI INI. JUSTERU ITU, GURU-GURU BOLEH MENEMPAH BILIK-BILIK KHAS UNTUK PDPC PADA BILA BILA MASA DAN DI MANA MANA SAHAJA.
PADA TAHUN 2024 PULA, PSS MENGGUNAKA SISTEM APPSHEET UNTUK MEMBUAT PENEMPAHAN BILIK-BILIK KHAS. DISERTAKAN ANALISIS PENGGUNAAN MELALUI LOOKER STUDIO.
50 JENIS TANAMAN HERBA DI TAMAN HERBA PSS TELAH DILETAKKAN PAPAN QR CODE. DENGAN INI PENGUNJUNG BOLEH MENGETAHUI INFO TANAMAN DENGAN MENGIMBAS QR CODE. KESANNYA, LITERASI MAKLUMAT DAPAT DIJALANKAN DAN TAMAN HERBA DIGITAL DIWUJUDKAN
Sejajar dengan PdPc Pendidikan Keselamatan Jalan Raya yang diselitkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, PSS mengambil inisiatif untuk mewujudkan Taman Keselamatan Jalan Raya di sebelah Taman Herba PSS.
Dalam taman ini, enam tanda isyarat jalan raya dan sepanduk (banner) tentang maklumat keselamatan jalan raya telah dipasang. Usaha menceriakan taman ini akan diadakan dari semasa ke semasa demi memberikan maklumat tentang keselamatan jalan raya kepada warga Idealian. Kesannya, kesedaran kepentingan keselamatan jalan raya telah ditingkatkan
PSS Hamzah Fansuri telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan rak buku maya supaya warga Idealian dapat membacanya di mana-mana sahaja. Kebetulan wabak Covid-19 menular pada tahun 2020, jadi sekolah terpaksa ditutup demi keselamatan warga sekolah. Kesannya, rak buku maya ini dapat memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid dan guru
Untuk menuju ke PSS Digital, PSS Hamzah Fansuri berkolaborasi dengan unit HEM sekolah telah menggunakan kad pintar MSC.
Semua murid diwajibkan untuk menggunakan kad pintar mulai tahun 2022. Fungsi kad pintar ini ada dua iaitu merekod kehadiran murid di sekolah dan mendafatar diri semasa masuk ke PSS. Murid -murid juga boleh menggunakan kad pintar ini untuk meminjam buku.
Untuk merealisasikan konsep minimalis di PSS, Pn. Zarina binti Mahmood ( Pengetua Cemerlang ) SMK Ideal Heights telah memasang enam rak buku baharu di PSS.
Rak buku baharu yang kalis air dan kukuh ini dipasang terus di ruangan tingkap untuk menjimatkan ruangan di PSS.
Pasukan kru TV PSS telah ditubuhkan dengan rasminya pada 26 Jun 2023. Nama TV PSS SMK Ideal Heights ialah TV IDEALIAN. Slogannya ialah TV IDEALIAN TOWRDS EXCELLENT.
Penggunaan kad pintar guru merupakan inisiatif dan inovasi PSS untuk menuju ke arah PSS DIGITAL. Guru-guru boleh menggunakan kad ini untuk meminjam buku dengan hanya mengimbas barcode. Selain itu, kad ini juga merupakan kad identiti guru yang boleh digunakan dalam pelbagai aspek. Contohnya mendapatkan diskaun penginapan hotel.
Galeri Idealian dan Cafe Idealian telah dirasmikan pada 25 Jun 2023. Info dan sejarah sekolah telah dipamerkan. Pelbagai aktiviti seperti pameran lukisan telah diadakan di situ. Ramai warga Idealian suka singgah di situ untuk rehat dan santai. Semoga dengan adanya Galeri Idealian dan Cafe Idealian akan menarik lebih ramai pengunjung datang ke PSS.