SURAT SIARAN KPM BIL3/2024: PELAKSANAAN PLATFORM SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN KOMPETENSI DIGITAL PEGAWAI PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PEMERKASAAN DELIMa DALAM PENGURUSAN ORGANISASI SERTA PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) SEKOLAH TAHUN 2024-2025
PEMAKLUMAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN PELANTAR DELIMA DAN SOP
Lima Jenis ID Dalam DELIMa
Pelantar DELIMa mempunyai lima kategori ID pengguna (role) iaitu murid, guru, content manager, pentadbir sekolah dan pengetua/ guru besar. Setiap ID memainkan peranan penting dalam penggunaan pelantar DELIMa. Guru dan murid boleh menggunakan ID untuk sesi pengajaran dan pembelajaran masing-masing secara dinamik, manakala content manager menyediakan kandungan-kandungan berkualiti. Pengetua/ guru besar dan admin pula memainkan peranan dalam memastikan pengurusan keseluruhan berjalan lancar. Ini membuktikan bahawa pembelajaran digital bukan hanya memudahkan cara pembelajaran, tetapi juga cara menguruskan proses pendidikan.Â