D I G I T A L R E F E R E N C E C E N T E R
SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA BAHAN YANG DIKONGSIKAN DI SINI ADALAH SEBAGAI PERKONGSIAN BERSAMA WARGA SEKOLAH
D I G I T A L R E F E R E N C E C E N T E R
SMK DATUK PETER MOJUNTIN
SEKOLAH SUKAN NEGERI
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
__________________________________
Peti Surat 839, 89507, Penampang Sabah
088 - 711942
SMK Datuk Peter Mojuntin terletak kira-kira 15 km dari pusat bandar raya Kota Kinabalu, 3 km dari pekan Donggongon, Penampang dan kira-kira 2 km dari lebuhraya Kota Kinabalu –Penampang. Nama sekolah ini diambil sempena nama mendiang DATUK PETER J. MOJUNTIN, seorang ahli politik yang ulung, sebagai wakil rakyat Moyog dan ahli parlimen kawasan Penampang. Pengambilan nama beliau juga adalah kerana mengenangkan jasa baik dan sumbangan bakti beliau kepada masyarakat daerah Penampang ini khususnya dan rakyat Sabah umumnya.
Sejarah sekolah bermula pada akhir tahun 60-an. Cadangan mendiang Datuk Peter J. Mojuntin mengenai pembinaan sekolah ini telah mula sejak tahun 1975 dan siap menjelang tahun 1978 . Malangnya beliau tidak sempat menyaksikan bangunan sekolah ini kerana pada 6 Jun 1976 beliau telah meninggal dunia dalam satu kemalangan udara.
SMKDPM mula mengambil pelajarnya buat kali pertama pada Januari 1978 iaitu seramai kira-kira 200 orang dalam 5 buah kelas tingkatan 1 dengan seramai 7 orang guru . Pada masa itu anak didik sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St. Joseph , Penampang di bawah pengawasan En. Julie Gala @ Julius Voon sebagai pengetua pertama sekolah ini. Bagi mengenali lebih lanjut berkaitan sejarah kecemerlangan sekolah, aktiviti serta penglibatan sekolah dalam pelbagai bidang, sila ke laman seterusnya.
AKTIVITI TERKINI SEKOLAH MINGGU INI
MAJLIS KHTAMA AL-QURAN DAN IFTAR JAMA'IE 2022 - JABATAN PENDIDIKAN NEEGRI SABAH [ 28 APRIL 2022 ]
PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DIGITAL [ TARIKH AKAN DIMAKLUMKAN ]
PENGUMPULAN MINYAK TERPAKAI UCO DAN BAHAN KITAR SEMULA MELALUI PROGRAM SERASI 2022