Telegram Tingkatan
Akses masuk ke dalam ruang PdPR mengikut tingkatan
Akses masuk ke dalam ruang PdPR mengikut tingkatan
Apa yang perlu dibuat?
Pertama : Sila klik pada pautan kumpulan Telegram mengikut tingkatan (jika telah install aplikasi ini. Sekiranya belum, skrol ke bawah untuk panduan proses instalasi)
INFO PIBG SEKOLAH [ Klik di sini --->>> SERTAI SEKARANG ]
<SERTAI KOMUNITI PIBG STARIM DI SINI BAGI MENDAPATKAN INFO TERKINI DAN MAKLUMAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK STARIM>
Peralihan 2022 [ Klik di sini --->>> SERTAI SEKARANG ]
Tingkatan Satu 2022 [ Klik di sini --->>> SERTAI SEKARANG ]
Tingkatan Dua 2022 [ Klik di sini --->>> SERTAI SEKARANG ]
Tingkatan Tiga 2022 [ Klik di sini --->>> SERTAI SEKARANG ]
Tingkatan Empat 2022 [ Klik di sini --->>> SERTAI SEKARANG ]
Tingkatan Lima 2022 [ Klik di sini --->>> SERTAI SEKARANG ]
Kedua : Sila baca panduan instalasi dan justifikasi penggunaan Telegram di bawah
PANDUAN PEMASANGAN (INSTALASI)
a) Smartphone Android
Klik "Play Store" ---> Taip "Telegram" ---> Klik "Install" ---> ikut arahan seterusnya (masuk no telefon dsb) sehingga akhir proses
b) Smartphone Apple iOS
Klik "App Store" ---> Taip "Telegram" ---> Klik "Get" ---> ikut arahan seterusnya (masuk no telefon dsb) sehingga akhir proses
c) Versi Web (pada desktop / laptop sama ada versi Windows / Mac / Linux)
- buka web browser (Chrome / Firefox/ Safari dll)
- taip pada ruangan URL [ web.telegram.org ]
- pilih negara "Malaysia" dan masukkan nombor telefon tanpa angka sifar dihadapan
- klik OK pada konfirmasi nombor yang dimasukkan
- tunggu kod log masuk (login code) 5 angka pada Telegram di smartphone tiba
- masukkan 5 angka kod log masuk tersebut
d) Versi desktop - muat turun fail pemasangan (pada desktop / laptop sama ada versi Windows / Mac / Linux)
- buka web browser (Chrome / Firefox/ Safari dll)
- taip pada ruangan URL [ desktop.telegram.org ]
- klik pada fail instalasi yang secocok dengan sistem pengoperasian laptop / desktop
- selesai muat turun, run fail instalasi tersebut
- pilih negara "Malaysia" dan masukkan nombor telefon tanpa angka sifar dihadapan
- klik OK pada konfirmasi nombor yang dimasukkan
- tunggu kod log masuk (login code) 5 angka pada Telegram di smartphone tiba
- masukkan 5 angka kod log masuk tersebut
JUSTIFIKASI PENGGUNAAN
Mulai tahun 2021, proses PdPR dan pengisian kehadiran akan disebarkan melalui medium aplikasi Telegram. Medium ini dipilih kerana faktor-faktor berikut :
a) Aplikasi ini mampu menampung sehingga 20,000 pengguna bagi satu kumpulan.
b) Setiap bahan yang dimuat turun (download), boleh dipaparkan / dibaca / dilihat tanpa perlu disimpan ke dalam peranti sekaligus dapat mengelakkan peranti penuh. Ini kerana aplikasi Telegram menggunakan teknologi Cloud (ruang penyimpanan maya yang terletak di alam siber)
c) Untuk mengakses aplikasi ini pada peranti selain dari telefon pintar (smartphone), sambungan aktif internet (data packet) pada telefon pintar tidak diperlukan. Bermaksud, jika data habis, aplikasi ini boleh dibuka selagi masih ada talian internet.
d) Aplikasi ini boleh dibuka pada setiap peranti (smartphone, laptop, desktop, tablet) dan setiap jenis sistem pengoperasian (Android, Apple iOS, Windows, Linux)
e) Guru dan pelajar dapat berinteraksi secara terus dalam aplikasi ini sama ada menggunakan teks atau suara.