SEJARAH SEKOLAH
Dalam bulan Mei 1959,Darjah Menengah Melayu Pertama di Tanjong Karang (DMMTK) ditubuhkan. Pada awal penubuhannya DMMTK menumpang sementara di Sekolah Umum Batu 7, Tanjong Karang, dan SRJK (C) Hwa Kiew, Tanjong Karang. Akibat daripada bilangan pelajarnya yang semakin bertambah ramai, serta diikuti pula oleh kecemerlangan pencapaian dan prestasi akademiknya yang ketara lagi membanggakan maka telah mendorong kepada pembinaan bangunan baru DMMTK pada tahun 1964 di tapak yang ada sekarang dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Karang (SMKTK). Pada 20 Julai 1968, SMKTK telah dirasmikan dengan penuh istiadat oleh Yang Berhormat Dato`Harun bin Idris (iaitu Menteri Besar selangor pada masa itu) dan ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato` Harun (SMKDH). Sejak tarikh tersebut (iaitu 20 Julai 1968), sekolah ini terus kekal bergelar SMK Dato` Harun, Tanjong Karang.
Seiring dengan perkembangan masa dan zaman, SMKDH telah berubah dan terus berubah secara dinamik, progresif, dan aktif, sejajar dengan dasar-dasar kepimpinan yang menerajui SMKDH sejak dari dahulu sehingga sekarang. Sehingga kini (tahun 2007) seramai 12 ORANG PENGETUA telah melakari sejarah dan mewarnai citrawara SMKDH. Hasil daripada `arkitektur` dan `kejuruteraan` yang telah mereka `inputkan', bentuk dan corak di SMKDH, maka bangkitkan SMKDH daripada dulu sehingga sekarang sebagai sebuah insitusi pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam kalangan yang terbaik.