Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Berdisiplin Berilmu Bertakwa
Melahirkan Generasi yang mampu membina tamadun ummah yang gemilang.
Kami warga SMK Darul Ehsan dengan penuh tekad dan iltizam bersepakat untuk:
Melaksanakan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.
Mewujudkan iklim sekolah yang sentiasa selesa, harmonis, dan selamat.
Memberikan layanan yang ikhlas dan mesra kepada semua warga sekolah dan pengunjung.
Melestarikan pengajaran dan pembelajaran yang optimum, bersepadu, menyeronokkan dan signifikan kepada semua murid.
Membimbing murid-murid ke arah kecergasan jasmani, keharmonian emosi, kesucian rohani dan kecemerlangan intelek.
Menumpukan fokus kepada peningkatan pencapaian dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.