Buletin Cliffordian

Majlis Penutup Aktiviti Ko-Akademik Merdeka 2023

27 September 2023

Penilaian Lipis Geopark

11:30 pagi
25 September 2023

Pada 14 September 2023, pelajar Tahun 4 dan 5 serta Tingkatan 1-3 sama-sama mendengar Ceramah dan Pameran Ilmu Falak di Dewas SHAS yang disampaikan oleh pihak Majlis Ugama Islam Pahang. Aktiviti ini dijalankan bersempena Program Ko-Akademik dan Merdeka SMKC 2023.

Pada 14 September 2023, bermula seawal 7:30 pagi pelajar SISP dan Tingkatan 4 serta guru-guru yang terlibat melangsungkan Amali Haji di Padang SMK Clifford.

12 September 2023, seramai 50 orang murid Unit Kadet Polis telah menyertai Latihan Menembak di Lapang Sasar Kerambit, Kg. Lentang.

12 September 2023, para guru serta pekerja pembersihan sekolah telah berganding bahu menjalankan operasi menebang pokok kelapa di belakang blok SISP.

MAJLIS SALAM BERSAMBUT, UKHUWAH BERTAUT

PENGETUA SMK CLIFFORD KE-31

PUAN ROZIAH BINTI ABDUL LATIFF

Tarikh: 4 September 2023

Tempat: Dewan Sultan Haji Ahmad Shah

Masa: 8.30 pagi


Selamat datang Puan Roziah ke SMK Clifford! Semoga kita bersama-sama dapat mengecapi kejayaan unggul.

Program Intervensi Matematik Tingkatan 5: Maths Dini

Bermula 11 September 2023, Program Maths Dini telah dilaksanakan untuk anak-anak pelajar Tingkatan 5 sebagai salah satu cara untuk meningkatkan motivasi dan kemahiran dalam subjek Matematik. Semoga anak-anak pelajar mendapat manfaatnya!

Gotong Royong Madani 2023

Pada 9/9/2023 telah dijalankan Gotong Royong Madani. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru, para pelajar serta ibu bapa yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menceriakan kawasan sekolah.

Program Bulan Ko-Akademik

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang 21 Ogos-25 September 2023 yang disertai pelajar seperti Treasure Hunt, Parachute Challenge, Product Review dan banyak lagi! 

Sumbangan Dua Penapis Air untuk Kegunaan Warga Clifford

Terima Kasih daripada seluruh Warga SMK Clifford kepada En. Wan Mohd Ezani Ezani Ismail atas sumbangan dua penapis air untuk kegunaan warga sekolah.

Penyerahan Sumbangan Jersi Daripada MATBUL SPORT Kepada Pasukan Bola Tampar SMK Clifford di wakili Oleh GPK Kokurikulum Dan Jurulatih

Terima Kasih Kepada MATBUL SPORT @Muis Matbul @WS Homestay @Wan Sham Atas Sokongan Kepada Pasukan Bola Tampar SMK Clifford. Ex-SMK Clifford 2009-2013.

Ladap Pembelajaran Bertema

Pada 12 Julai 2023. telah diadakan LADAP Pembelajaran Bertema di Bilik Mesyuarat Indera Perba SMKC. LADAP disampaikan oleh Pn Mek Nah bt Bakar, Pegawai SISC+ Bidang Sains Sosial.

Sumbangan Kipas untuk Surau Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Sumbangan yang sangat bermakna, 5 buah kipas untuk Surau Saidina Abu Bakar As-Siddiq, SMK Clifford. Daripada barisan guru Tingkatan 6 SMK Clifford.

10 Jun 2023
Tahniah atas kerjasama dan sokongan jitu daripada PIBG, LOCA serta warga sekolah.

Jun 2023
Semoga maju jaya di lapangan baharu.

Jun 2023
Tahniah kepada anakanda-anakanda Clifford! Anda sudah lakukan yang terbaik.

Jun 2023
Sambutan Hari Guru dilaksanakan penuh meriah serta turut diraikan guru-guru Tingkatan 6 yang bertukar ke SMK Seri Lipis.

Mei 2023
Jasa Dan baktimu sepanjang berkhidmat di SMK Clifford tetap dikenang. Terima Kasih Cikgu!

Terima kasih atas jasa bakti di bumi Clifford. Semoga maju jaya di lapangan baharu. Terima kasih cikgu!

MAJLIS IFTAR RAMADAN PERDANA SMKC

April 2023