Selamat Datang ke Laman Rasmi SMK BUKIT JALIL
SEJARAH SEKOLAH
Januari 2022 bermulalah sejarah penubuhan SMKBJ. Sekolah ini mula mengorak langkah dengan imejnya yang tersendiri. Dapat dirasakan bahawa pada hari pertana persekolahan, tidak seperti sekolah-sekolah lain yang telah memiliki warga yang cukup ramai, namun seramai 11 orang guru dan jumlah pelajar seramai 12 orang. Walau bagaimanapun, jumlah pelajar dan guru semakin meningkat jumlahnya dari semasa ke semasa.
Puan Zaimah binti Daud merupakan Pengetua pertama yang telah menerajui pentadbiran sekolah ini. Beliau turut dibantu oleh Puan Che Hasnah binti Muhammad selaku Penolong Kanan Tadbir dan Kurikukum dan Cik Sharifah Noor Aine binti Syed Noor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta guru-guru yang tidak mengenal penat lelah dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Dalam keadaan yang masih muda usianya dengan segala kekurangan terutama tenaga dan kewangan, tidak menghalang sekolah ini dalam melaksanakan segala program dengan jayanya.
Penekanan utama pihak pentadbiran terhadap sekolah menjamin kecemerlangan dalam bidang akademik, kerana tahun penubuhannya, tidak ada kelas peperiksaan, tetapi pada tahun 2003, peperiksaan PMR dan SPM telah bermula. Bidang kokurikulum juga tidak diabaikan, namun dengan jumlah pelajar yang agak sedikit, pembabitan mereka difokuskan pada peringkat sekolah sahaja. Gelanggang yang disediakan mencukupi untuk diadakan pelbagai aktiviti untuk mengasah bakat-bakat dalam bidang sukan.
Hingga kini, SMKBJ terus membina empayarnya yang tersendiri dalam mencapai kesempurnaan dan keseimbangan insan dari segi akhlak dan ilmu. Tidak lupa dalam membentuk sistem pengurusan yang cekap melalui kerjasama antara semua pihak dalam melahirkan sekokah cemerlang dan gemilang.