Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Berusaha Bersatu Berjaya
Towards Success We Work Together
KAMI warga SMKBU(3) bertekad dengan penuh iltizam, berikrar dengan sepenuh daya usaha untuk:
Menyediakan pendidikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah
perpaduan bangsa Malaysia.
Menentukan pelajar-pelajar mendapat pendidikan yang sama dan tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan.
Mewujudkan pelajar-pelajar yang berbudi pekerti, bertatasusila dan berhemah tinggi dan serba boleh.
Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar-pelajar.
Menjadikan warga pendidik dan kakitangan yang peka, responsif dengan kehendak dan keperluan pelajar dan juga mengamalkan perkhidmatan yang berteraskan sifat penyayang.
Bersama-sama mencapai pendidikan cemerlang, berketerampilan, berdisiplin, berakhlak mulia dan serba boleh.