Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Samariang atau nama ringkasnya SMKBS, merupakan sebuah sekolah yang terletak di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya. Keluasan tapak sekolah adalah 18 ekar bersamaan 7.28 hektar. SMKBS mula beroperasi mulai 1 Januari 2004 dengan bilangan 4 org guru lelaki dan 4 orang guru perempuan dan menumpang di SK Rampangi. Bangunan sekolah yang baharu diduduki pada pertengahan tahun 2004.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Samariang memiliki 703 pelajar lelaki dan 633 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1336 orang. Ia mempunyai seramai 77 orang guru pada waktu itu. SMKBS telah dibina mulai tahun 2000 dan dikategorikan sebagai sekolah ‘built and design’. Apabila siap, bangunan ini diserahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri pada bulan April 2004. Sijil kelayakan menduduki bangunan telah diserah pada 22 Julai 2004. Sekolah ini mula digunakan pada 14 Jun 2004 bagi menampung kemasukan penduduk yang pada masa kini berjumlah lebih 18,000 orang. Kebanyakan murid SMKBS tinggal di Perumahan Rakyat Bandar Baru Samariang, Kampung Rampangi serta kawasan perumahan yang berdekatan. Pada tahun 2022, seramai 615 orang murid tingkatan 1 hingga tingkatan 4 layak menerima Bantuan Awal Persekolahan. Dari segi sosio ekonomi lebih kurang 70% dari murid sekolah adalah dalam kalangan B40. SMKBS terpilih menjadi sekolah transformasi TS25 kohort 5 pada tahun 2020 dan berusaha untuk mengubah pengurusan dan persekitaran sekolah kearah yang lebih efektif ,cemerlang dan SEJAHTERA.
Setakat 11 Mac 2024, enrolmen sekolah adalah seramai 1140 orang aliran perdana dan 15 orang murid Program Pemulihan Khas (PPKI). PPKI mula beroperasi di SMKBS pada bulan Februari 2021 dengan 1 orang guru Pemulihan khas dan 1 Pembantu Murid. Warga SMKBS terdiri dari 71 orang guru perdana, 3 guru PPKI, 13 anggota pelaksana, 3 pekerja pembersihan, 4 tukang kebun dan 4 anggota keselamatan. Semua warga sekolah sentiasa komited dan berusaha bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan persekitaran sekolah SEJAHTERA. . Pengurusan sekolah bersama ibu bapa bekerjasama mengerakkan SMKBS kearah kecemerlangan akademik dan sahsiah.
Biru - Nilai kerjasama dalam mengejar puncak kejayaan dalam hidup
Kuning - Kesejahteraan, cerdas dan yakin
Anak panah - Segala usaha menuju kejayaan
Grafik bentuk "B" dan "S" - Bandar Samariang
Progresif
Membina jati diri untuk maju ke depan dengan berpandukan budaya yang telah dipupuk di sekolah.
Cemerlang
Mempunyai modal insan yang mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin yang berwawasan ke arah kejayaan.
Hebat
Personaliti terbentuk menjadi individu yang cerdas dan cergas dalam semua bidang akademik dan kokurikulum.
Cogan Kata
PROGRESIF , CEMERLANG , HEBAT
LAGU CITRA GEMILANG SMKBS
Sejarah lalu meniti waktu
Kini melangkah ke era baru
Dengan visi dan misi
Serta sumpah dan janji
Pelajar berwibawa harapan bangsa
Sahabat, guru, ayah dan bonda
Berdiri megah barisan penjana
Memburu cita mulia
Dengan semangat waja
Pelajaran bermutu matlamat utama
Para guru cekal berbakti
Mendidik kami sepenuh hati
Doa keluarga Tuhan berkati
Usaha kami pasti terbukti
Mari kita kukuhkan
Semarak jiwa membina wawasan
Mari kita buktikan
Progresif, cemerlang, hebat
Amalan budaya kita semua
Mari kita patrikan
Nilai sebuah kegemilangan
Mari kita lafazkan
SMK Bandar Samariang
Terukir namamu di puncak jaya
Lagu : Mohammad Faizal bin Jamil (Mofa)
Lirik : Awang Kelana bin Awang Hassan (Kelana Akira)
BLOK D
PENTAS DATARAN HARMONI
DATARAN HARMONI
DATARAN HARMONI
SURAU
DEWAN PERDANA
BLOK A
TANGGA BLOK PENTADBIRAN