SELAMAT DATANG KE WEBSITE SMK BUKIT JELUTONG
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam (SMKBJ), telah mula dibina pada tahun 2000. Bangunan ini siap dibina pada 26 Februari 2002. Pada 9 Disember2002, dua orang pentadbir, iaitu Penolong Kanan Kurikulum Puan Zanariah bt Abu Bakar dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Puan Saadiah bt Hassan) telah melapor diri. Bermulalahera pembukaan sekolah berkenaan. Sekolah ini berada dalam gred B dan gred pengetua pada masa itu DG48.
Manakala pada 19 Disember 2002, Mesyuarat Pengurusan Kali Pertama telah diadakan untuk menentukan perancangan sekolah dan menyediakan dokumen bagi pengoperasian sekolah pada awal tahun 2003. Guru yang ditempatkan ke sekolah ini mula melapor diri sehingga jumlah mencecah 15 orang sebelum sesi persekolahan dibuka.
Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 dan murid baharu mula mendaftar pada 30 Disember 2002. Perabot sekolah mula dihantar secara berperingkat oleh pembekal bag memudahkan sesi persekolahan 2003. Pada 6 Januari 2003, sekolah mula beroperasi secara rasmi. Ketika itubilangan pelajar berdaftar ialah seramai 117 orang. Tiga buah kelas Tingkatan 1 dan satu kelas Tingkatan 2 telah dibuka.
Pihak sekolah telah menerima pendaftaran scorang Penolong Kanan Kokurikulum pada 1 April 2003. Pengetua pertama sekolah, Puan Ashah bt Samah telah memulakan perkhidmatannya secara rasmi pada 1 Ogos 2003. Mulai Januari 2005, Pengetua kedua iaitu Datin Aisah binti Jaman telah memĂșlakan tugas menggantikan Puan Ashah Samah yang bertukar ke SMK Batu 8, Puchong. Beliau kemudiannya telah bertukar menjadi pengetua di SMK TTDI Jaya mengikut gred hakiki DG52 dan tempatnya diambil alih oleh Puan Hjh. Aisah Sidan bermula 1 November 2010.
Sekolah mula dibuka dengan bilangan 117 murid pertama yang mendaftar, manakala guru terdiri daripada 15 orang dan kakitangan sokongan seramai 2 orang. Sekolah ini menjadi penyelesai masalah kepada kakitangan kerajaan, peniaga dan pekerja swasta pekerja berpindah ke Shah Alam. Sebanyak 8 buah kelas telah dibuka pada peringkat awal tahun 2003 . Sekolah ini terus membesar, berkembang sejajar dengan pembangunan baharu sejajar dengan usaha pembangunan mampan sebuah bandar raya. Kini sekolah ini menjadi tulang belakang merangsang pertambahan murid. Sekolah terus beroperasi dan mulai menampakkan keupayaan sebagai pencabar dunia pendidik pada masa akan datang.
Sekolah terus berkembang maju walaupun banyak sekolah lain yang telah wujud di sekitar Shah Alam. Perancangan pembinaan seiring dengan kepesatan pembangunan sosial Shah Alam. Sehingga tahun 2004 murid meningkat sehingga 420 orang. Kepesatan pemindahan penduduk ke Bukit Jelutong terus aktif dengan terbinanya rumah-rumah kos tinggi dan rumah kedai . Ada di antaranya mencecah jutaan ringgit . Peratusan murid adalah dari kawasan Bukit Jelutong sendiri tetapi ada juga murid datang dai kawasan U9 hingga UlI kerana tidak terdapat sekolah menengah di sana. Pada bulan Januari 2007, SMK Bukit Jelutong mempunyai bilangan guru seramai 60 orang dan 10 orang staf sokongan beserta bilangan murid seramai 1300 orang. Sehingga 30 September 2009, bilangan murid mencecah 1485 orang. Bagi tahun 2011, bilangan murid kian bertambah SMK BJ ialah seramai 1700 dengan 92 orang guru.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong kini telah beroperasi selama hampir 20 tahun. Banyak kejayaan telah ditempa hingga peringkat kebangsaan.
Meningkatkan pencapaian akademik ke peringkat yang lebih cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti.
Meningkatkan pencapaian optima pelajar dalam bidang kokurikulum.
Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang terpuji.
Menempatkan SMKBJ ke tahap yang tinggi dan membanggakan serta mendapat kepercayaan masyarakat
Memahami dan menghayati:
(a) Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(b) Visi, Misi dan Objektif Sekolah
Sentiasa berdisiplin dan berusaha menjaga imej sekolah, Jabatan dan Kementerian Pendidikan Malaysia
Mengamalkan budaya kerja secara berpasukan.
Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.
Berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran diri
Mementingkan hasil kerja yang berkualiti
Sentiasa menjaga kepentingan, kebajikan serta keselamatan murid.
Sentiasa berusaha untuk member perkhidmatan yang terbaik.
Sentiasa bersedia untuk berkhidmat.
Berfikiran positif, tahu bersyukur dan baik sangka sesama rakan.